SEPANG - Seramai 11 orang pembentang kertas kerja menyertai Simposium Innovation and Commercialization for Medical Electronic Technology (ICMET) 2012 dalam usaha menjana kecemerlangan perubatan elektronik.
Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Ab Rahim Md Noor berkata, hasildaripadagabungankepakaranbeberapa buah institusi pengajian tinggi (IPT) berprestij berupaya menjadikan negara ini sebagai destinasi pelancongan kesihatan serantau.
"Bagi meningkatkan kemampuan industri biomedikal dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti yang menggunakan teknologi canggih terkini, platform perkongsian ilmu antara ahli akademik dan industri biomedikal seperti ini amat digalakkan.
"Diharapkan tenaga mahir dihasilkan oleh sistempendidikan negara dalambidang perubatan elektronik sentiasa relevan dan memenuhi keperluan semasa industri," katanya ketika berucap merasmikan ICMET 2012, semalam
Turut berlangsung, majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), Memorandum Persetujuan (MoA) dan Memorandum Kolaborasi (MoC) antara Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka.