KEMENTERIAN Pertanian dan lndustri Asas Tani dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi menyasarkan kira-kira 21,000 siswazah pelbagai bidang menyertai Kelab Usahawan Siswazah Tani (MyAgrosis) menjelang hujung tahun ini.
Langkah ini selaras dengan saranan kerajaan yang mahukan usahawan tani berdaya maju, di kalangan siswazah di seluruh negara.
Usaha kementerian berkenaan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mendapat sambutan menggalakkan di kalangan siswazah terutama di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah yang merupakan pelopor pertama kelab MyAgrosis.
Pengerusi FAMA, Tan Sri Badruddin Amiruldin, berkata, golongan siswazah menjadi sasaran utama kerajaan untuk bergerak secara bersepadu ke arah menghasilkan tanaman yang berkualiti mengikut harga pasaran.