Tuesday, 18 September 2012

1,500 pelajar Kolej Komuniti jayakan Program Jelajah Merdeka


MELAKA - Selaras dengan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia, seramai 1,500 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) daripada beberapa Kolej Komuniti dan Politeknik seluruh negara terlibat menjayakan Program Jelajah Merdeka 2012 Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang berakhir semalam.

Ketua Setiausaha KPT, Datuk Ab. Rahim Md. Noor berkata, program yang bermula Jumaat lalu diadakan bersempena meraikan sambutan kemerdekaan negara ke-55 sekali gus sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada hari semalam.

"Penglibatan yang menggalakkan daripada pelajar IPT menjadikan program ini sebagai platform untuk menyemai dan menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan mereka.



"la juga dilihat sebagai peluang kepada mereka menjalinkan hubungan dengan masyarakat dan menggalakkan mereka melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan serta mesra komuniti," katanya pada Majlis Penutup Program Jelajah Merdeka KPT 2012 di Memorial Kemerdekaan Banda Hilir di sini semalam.

Program selama tiga hari itu melibatkan empat aktiviti utama iaitu Program Kembara Jejak Merdeka IMalaysia, Cabaran Kayak Kuala Linggi IPT, Cabaran Berbasikal Borneo dan Konvoi Bermotosikal.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhammad dan dua perenang kebangsaan, Bryan Nickson Lomas dan Leong Mun Yee.

Ab. Rahim berkata, kementerian amat komited dengan pelaksanaan program seumpama itu kerana ia dapat membina semangat perpaduan dan integrasi dalam kalangan pelajar IPT.

"Ia termasuk dapat sama-sama menghayati kemerdekaan yang telah dikecapi selama ini dan memastikan rakyat terus hidup dalam erti kemerdekaan sebenar," tambahnya.

Sumber: KOSMO, M/S: 13
Tarikh: Isnin, 17 September 2012

22 comments:

  1. keren sekali artikel nie jangan lupa KLIK DISINI

    ReplyDelete
  2. Sàn gỗ tự nghiên - Sàn gỗ công nghiệp giá rẻ nhất, nhiều ưu đãi cho các dự án thương mại

    ReplyDelete