Tuesday, 18 September 2012

IPT mahu selaras sistem pengajian


KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menubuhkan jawatankuasa bertindak untuk mengkaji tindakan penyelarasan sistem pengajian di institut pengajian tinggi (IPT) agar sejajar dengan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang dilancarkan kelmarin.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kementeriannya perlu merumuskan modul pendidikan baharu untuk memenuhi keperluan pelajar terutama golongan pelajar pintar yang bakal meneruskan pengajian pada usia lebih muda.

"KPT menyambut baik usaha kerajaan melancarkan pelan tersebut dan pada masa sama sedang mempertimbangkan beberapa aspek yang perlu diambil kira sebelum membuat sebarang pelaksanaan.

"Terdapat beberapa program pengajian yang telah dikhususkan untuk pelajar pintar yang berkemungkinan diterima masuk ke universiti seawal umur 16 tahun," katanya di sini semalam sebagai mengulas mengenai pelancaran Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.

Sumber: KOSMO, M/S: 4
Tarikh: Khamis, 13 September 2012

25 comments:

  1. sistem nya sangat awesome . sukses pengajian malaysia

    ReplyDelete
  2. Sàn gỗ tự nghiên - Sàn gỗ công nghiệp giá rẻ nhất, nhiều ưu đãi cho các dự án thương mại

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete