Tuesday, 18 September 2012

Karnival pembelajaran sepanjang hayat MY3L


KARNIVAL Pembelajaran Sepanjang Hayat MY3L (PSH) peringkat Nasional akan menemui rakyat Malaysia. Penganjuran karnival MY3L memperincikan konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat. Beipendekatan membudayakan pembelajaran dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia, karnival ini akan secara tidak langsungnya membawa mesej bahawa pembelajaran dari buaian ke liang lahad atau Cradle to Grave. Bertemakan pembelajaran menyinari kehidupan hidup lebih bergaya melalui PHS. Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bakal menjenamakan rakyat Malaysia sebagai bangsa pencinta ilmu yang meneruskan ketamadunan dan melonjakkan kualiti kehidupan.

PSH sebagai satu gaya hidup masyarakat dan komuniti di negara ini diteijemahkan kepada rakyat melalui beberapa penerapan mesej dan peningkatan kesedaran tentang agenda PSH. Penyemaian budaya ilmu boleh diterokai dan diperoleh tanpa batasan usia dan pendidikan formal. Program-program dan inisiatif kerajaan melalui PSH akan membawa kepada peningkatan ilmu, produktiviti dan daya saing negara.

KPT akan membawa kepada seluruh rakyat Malaysia peluang menyertai PSH. PSH akan diperkenalkan dengan lebih dekat lagi melalui:

Karnival dan Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Peringkat Nasional yang akan diadakan pada pada 22 dan 23 September 2012 di PWTC, Kuala Lumpur. Karnival My3L ini juga adalah untuk semua golongan usia di mana pengunjung karnival juga dapat merasai pengalaman kemahiran di setiap zon atau ruang pameran. Pengunjung boleh menyertai sekurang-kurangnya tiga dari 50 aktiviti disediakan dan menerima hadiah misteri dari penganjur.



Antara aktiviti yang bakal menjadi tumpuan pengunjung adalah: 

1.Mengenali ikan jantan dan ikan betina 
2.Ukiran Buah 
3.Pedicure & manicure 
4.Make over 
5.Pembuatan baja dari sisa dapur 
6.Teknik pukulan golf 
7.Menghasilkan taman mini 
8.Pembuatan pinggan mangkuk seramik

Pengalaman di Kamival My3L ini juga dapat mengerat hubungan kekeluargaan di mana pelbagai aktiviti dapat dijalankan bersama-sama. Keistimewaan My3L ini juga akan menyediakan :

Aktiviti dari pelajar-pelajar institusi antaranya' Gamelan dari pelajar-pelajar Gerontologi (pelajar-pelajar warga emas) UPM, Persembahan Percussion dari Kolej Komuniti Selayang. Bagi memeriahkan kamival ini antara selebriti yang akan mengambil bahagian dalam Kamival ini adalah; Chef Zubir, Datuk Fazley Yaakob, Ahadiat Akashah, Rock Kiah Propa (Personaliti TV9), Ikhwan (Hot FM), Zed Zaidi serta penampilan Datuk Siti Nurhaliza melalui kolaborasi industri melalui produknya Skin Simplysiti.

Seminar PSH peringkat Nasional akan memperlihatkan sebanyak 7 kertas keija dibentangkan. Seminar dijangka akan mengupas dan membincangkan isu-isu semasa dan beberapa hasil kajian mengenai pelaksanaan PSH di institusi-institusi berkaitan.

Penyertaan seminar tersebut adalah secara jemputan dan percuma. Bagi mereka atau individu yang berminat untuk menyertai seminar tersebut, bolehlah menghubungi Urus setia Seminar PSH, Dr Guan Eng Chan (e-mel: guaneng@mohe.gov.my) di talian telefon 03-88705079 atau Wan Marina (e-mel: wan_maxina@mohe.gov.my) di talian 03-8870 5096 sebelum 12 September 2012. 
Konsep penganjuran

Orang ramai akan mendapat maklumat mengenai program PSH yang ditawarkan kepada masyarakat, memberi peluang kepada masyarakat untuk menyertai program PSH dan mencetus idea ke arah meningkatkan kualiti hidup melalui PSH.

Berpandukan kepada konsep tersebut, pembelajaran berterusan akan dikumpulkan di bawah konsep sebumbung. Berbeza daripada karnival yang pernah kita kunjungi sebelum ini, KPT akan mengenengahkan konsep sebuah rumah yang menawarkan pelbagai pembelajaran di semua sudut rumah. Konsep pameran yang 'hidup' yang menawarkan kursus-kuisus kemahiran jangka pendek sierta maklumat-maklumat penting mengenai program PSH yang ditawarkan oleh setiap Kementerian dan agensi yang terlibat dengan program ini akan dipamerkan. Bagi kaum ibu, konsep PSH berlandaskan kepada pembelajaran di bawah sebumbung bertumpu di kawasan ruang tamu dimana ibu dapat belajar menjahit langsir, menghiasi ruang tamu ataupun belajar masakan di bahagian dapur. Abang pula menyukai kaedah pendawaian dan juga hawa dingin yang ada pada ruang tamu dan sebagainya. Si adik yang mempunyai hobi membela ikan hiasan, serta terdapat akuarium di ruang tamu. Di situlah akan menimbulkan keinginan untuk mempelajari teknik yang betul dalam membela ikan hiasan dan sebagainya. Kursus-kursus PSH yang Iferkcdtan dalam semua perkara di atas akan secara langsung meningkatkan kesedaran dan promosi PSH bagi masyarakat umum.

Secara keseluruhannya, program PSH yang ditawarkan oleh pelbagai Kementerian dan Agensi berkonsep pembelajaran adalah untuk semua tak kira usia dan latarbelakang pelajar PSH. Pameran berkonsepkan rumah ini akan menjadi a journey of discoveries atau 'penjelajahan penemuan bam PSH' dalam pelbagai bidang pembelajaran sepanjang hayat yang tak ada penghujung.

Idea di bawah konsep PSH dalam pameran ini ialah program PSH dapat memenuhi semua keperluan ahli-ahli keluarga pada semua peringkat umur daripada kanak-kanak sehinggalah orang dewasa termasuk warga emas.

Penganjuran karnival PSH yang akan dikenali sebagai My3L pembelajaran menyinari kehidupan membawa pendekatan meningkatkan kesedaran dan menggalakkan komuniti merebut peluang-peluang yang disediakan oleh Kerajaan dalam pendemokrasian pengajian tinggi Negara. Program PSH merupakan salah satu agenda utama dalam pembangunan negara bagi menghasilkan individu yang berpengetahuan dan berkemahiran bagi pelbagai tujuan.

Individu yang menyertai program PSH mempunyai motif masing-masing, sama ada untuk memperkayakan ilmu pengetahuannya, mendapatkan kelayakan yang lebih tinggi untuk mendapat pendapatan yang lebih lumayan melalui keijaya yang lebih baik atau kepuasan diri sendiri atau untuk pembangunan diri dari segi keyakinan dan pengetahuan ataupun bagi memperkukuhkan daya saing dan daya tahannya melalui pelaburan, perniagaan dan menjadi usahawan.

Konsep Karnival PSH juga berlandaskan moto learning is fun bagi semua peringkat umur. Pembelajaran itu menjurus kepada keperluan orang ramai dan unsur-unsur pembudayaan atau amalan hidup akan diterapkan melalui Karnival tersebut dengan pelbagai aktiviti seperti demonstrasi hands-on, persembahan, talk-show oleh selebriti dan ikon PSH yang terkenal, hiasan dan ukiran makanan serta masakan oleh chef-chef yang terkenal, kek dan pastri serta banyak lagi tarikan bagi semua pengunjung ke Karnival tersebut. Pengunjung yang berminat boleh mengambil kesempatan untuk terns membuat pendaftaran kursus samaada secara online atau manual semasa karnival.

Di samping itu, KPT juga menganjurkan beberapa pertandingan orang ramai seperti pertandingan memasak, sesi Bicara Hebat di mana personaliti terkenal akan diundang imtuk memberi ceramah yang berbentuk motivasi, penampilan diri, kerohanian dan sebagainya sebagai satu tarikan dan persembahan yang pasti menarik perhatian semua lapisan masyarakat dan orang awam. Pameran Karnival My3L ini akan disertai lebih dari 50 kementerian / agensi / institusi yang berkonsepkan kemahiran dipersembahkan dalam susun atur sebuah rumah.

Pelbagai aktiviti disediakan di setiap ruang yang disediakan. Karnival My3L ini mendapat penglibatan dari agensi, jabatan dan institusi di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Belia Sukan, Kementerian Sumber Manusia dan beberapa Kementerian lain.

Pelbagai aktiviti yang bakal di laksanakan semasa Karnival berlangsung diantaranya adalah persembahan, demonstrasi & pertandingan dan aktiviti persembahan di Pentas Utama.

Karnival My3L ini juga adalah untuk semua golongan usia di mana pengunjung karnival juga dapat merasai pengalaman kemahiran di setiap zon. Pengunjung boleh menyertai sekurang-kurangnya 3 dari 50 aktiviti disediakan dan menerima hadiah misteri dari penganjur. - KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Sumber: Mingguan Malaysia, M/S: 7
Tarikh: Ahad, 16 September 2012

No comments:

Post a Comment