Tuesday, 18 September 2012

Pandelela terima tawaran belajar di UM

PUTRAJAYA: Ratu terjun negara Pandelela Rinong pada Rabu menerima surat tawaran ke Universiti Malaya (UM) dan insentif khas RM 10,000 daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atas kejayaannya meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik London, baru-baru ini.

Surat tawaran dan insentif itu disampaikan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada majlis meraikan kecemerlangan atlet institusi pengajian tinggi (IPT) di Menara KPT di sini, pada Rabu.

Pandelela yang ditemui pemberita selepas majlis tersebut berbesar hati kerana mendapat dua 'hadiah' yang tidak disangkanya itu.

"Saya ingin berterima kasih kepada KPT dan UM kerana memberi saya insentif serta surat tawaran ini.

" Saya yakin insentif ini akan memberikan saya semangat untuk mencatatkan kejayaan dalam bidang sukan serta pelajaran," kata anak kelahiran Sarawak berusia 19 tahun itu.



Beliau yang akan memujakan pengajian peringkat ijazah dalam jurusan Sains Sukan di UM awal tahun depan, yakin dapat mengimbangi pelajaran serta penglibatannya dalam sukan terjun.

Pada majlis itu, Mohamed Khaled turut menyampaikan insentif kecemerlangan KPT kepada tiga pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang memenangi pingat perak dalam acara compound berpasukan wanita pada Kejohanan Memanah Universiti Dunia di Cordoba, Sepanyol dari 4-7 Julai lepas.

Mereka ialah Fatin Nurfatehah Mat Salleh dan Norhayati Al-Madihah Hashim, kedua-duanya dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta Fatin Nadira Hassan daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), dengan setiap seorang menerima RM3,000.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata insentif itu diberikan bagi memberi galakan kepada atlet di IPT untuk terus bersemangat mencipta kejayaan dan seterusnya mengharumkan nama negara. "Saya percaya Pandelela telah diangkat mejijadi ikon dan role model bagi b'anyak golongan muda. Atas sebab itu, selain kejayaan beliau dalam bidang sukan, saya berharap beliau juga berjaya dalam pengajiannya selcaligus mendorong pelajar Iain menceburi bidang sukan atau melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan insentif khas KPT dan surat tawaran belajar kepada Pandelela pada Rabu.

Mengulas langkah Pandelela memilih melanjutkan pelajaran di universiti tempatan walaupun menerima tawaran menyambung pengajian di luar negara, Mohamed Khaled menyifatkan ia tindakan bijak kerana universiti tempatan juga 'amat bagus' lebih-lebih lagi apabila UM berada di tempat ke-156 dalam QS World University Rankings 2012/2013 yang dikeluarkan baru-baru ini.

Mengenai Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) yang kkan diadakan buat pertama kali dari 28 Oktober hingga 11 November ini, Mohamed Khaled berkata lebih 90 peratus persiapan telah dilakukan bagi menganjurkan kejohanan itu.'

Beliau berkata ia bakal menjadi kejohanan lebih besar daripada Sulcan Malaysia (Sukma) kerana disertai oleh 111 IPT yang melibatkan kira-kira 15,000 pegawai dan atlet dalam 15 acara yang dipertandingkan.

"Saya berharap ia bukan sahaja dapat meningkatkan semangat keusahawanan dan kekitaan dalam sektor pengajian tinggi tetapi juga menyumbang kepada pencungkilan bakat baru atlet dalam negara," katanya.

Mengulas mengenai kejayaan lapan pelajar IPT melayakkan diri ke Sukan Olimpik baru-baru ini, beliau berkata ia menunjukkan bahawa minat dalam sukan tidak menghalang untuk melanjutkan pelajaran dan berharap lebih ramai lagi atlet al^an melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. - Bernama

Sumber: Daily Express, M/S: 12
Tarikh: Khamis, 13 September 2012

25 comments:

  1. sip ,, terus lah menggapai cita cita

    ReplyDelete
  2. Sàn gỗ tự nghiên - Sàn gỗ công nghiệp giá rẻ nhất, nhiều ưu đãi cho các dự án thương mại

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete