Tuesday, 18 September 2012

Pasukan petugas implementasi akan ditubuhkan


KUALA LUMPUR 14 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kementerian Pelajaran akan menubuhkan Pasukan Petugas Implementasi Pelan Pembangunan Pendidikan bagi memastikan segala perakuan dalam Laporan Akhir Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 nanti mampu memenuhi harapan dan aspirasi rakyat.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, cadangan penubuhan pasukan itu susulan daripada mesyuarat Kabinet baru-baru ini dan akan dipengerusikan beliau sendiri bersama pimpinan beberapa agensi dan kementerian.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, antara agensi berkenaan ialah Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengajian Tinggi.

"Kerajaan telah mempamerkan beberapa anjakan yang diyakini akan membantu dalam memacu tahap prestasi sistem penyampaian pendidikan dan keberhasilan pelajar.



"Ini merupakan inisiatif yang besar dan kerajaan sedar tanggungjawab ini harus dipikul bukan sahaja oleh Kementerian Pelajaran tetapi juga memerlukan dokongan dan sokongan agensi kerajaan lain, swasta, pertubuhan bukan kerajaan serta rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Pendidikan Nasional 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Hadir sama, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Majlis Profesor Negara, Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakri Abdul Hamid.

Muhyiddin berkata, pelancaran Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 adalah tepat pada masanya.

Ujamya, dunia pendidikan merupakan bidang yang dinamik dan jika kerajaan tidak menumpukan perhatian kepada keperluan semasa, dikhuatiri generasi masa depan mungkin ketinggalan yang akhirnya menjejas daya saing negara.

Katanya, selain pasukan petugas implementasi yang akan ditubuhkan, Majlis Profesor Negara sebagai organisasi payung kepada semua profesor yang mempunyai kepakaran diharap dapat memberi sokongan kepada konsep dan pelaksanaan pelan pembangunan tersebut.

"Justeru saya ingin menjemput ahli majlis dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk bersama mengasaskan titik pertemuan dan dialog sekali gus menyumbang pandangan secara sistematik selain membina bagi memantapkan lagi laporan pelan pembangunan pendidikan berkenaan," jelas beliau.

Sumber: Utusan Malaysia, M/S: 3
Tarikh: Sabtu, 15 September 2012

28 comments:

  1. Sàn gỗ tự nghiên - Sàn gỗ công nghiệp giá rẻ nhất, nhiều ưu đãi cho các dự án thương mại

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Xem thêm nhiều cách trị mụn trứng cá cực hay tại http://meotrimuntrungca.com/ và những công thức trị nám da mặt tại http://www.meotrinamtannhang.com/

    ReplyDelete
  4. As you are done every single action now, the app will be install for your gadget, terrarium tv iOS Prior to you download the app, most likely to the food selection.

    ReplyDelete
  5. It’s hard to come by experienced people about this subject, but you seem like you know what you’re talking about! Thanks
    Tollywood Movie News
    spyder mp3 songs download
    duvvada Jagannadham songs download
    spyder telugu movie
    dj duvvada jagannadham telugu movie

    ReplyDelete
  6. The government has a lot of issues to handle and take care of, and at all times you will find proceedings going on. This post is well written, and maybe you should check the link below for more information on interior decor.
    6 Set Square Cube Shelves

    ReplyDelete