Tuesday, 18 September 2012

Pertemuan Aidilfitri KBT tarik kehadiran 200 ahli

Johor Bahru: Jabatan Pengajian Politeknik melakar sejarah apabila 13,133 pelajarnya dari seluruh negara berjaya mencatat sebagai penderma darah teramai di Malaysia.

Kejayaan itu hasil kerjasama 29 kampus politeknik di seluruh negara, sekali gus melayakkan mereka mendapat pengiktirafan dalam Buku Rekod Malaysia (MBOR).

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Md Nor Yusof, berkata program ini adalah sebahagian tanggungjawab sosial (CSR) politeknik kepada masyarakat dan juga pihak hospital dalam memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi.



"Saya juga berbangga kerana kehadiran masyarakat, terutama golongan pelajar pada hari ini menandakan keprihatinan mereka dalam memberi sumbangan yang amat bermakna pada program ini.

"Malah, saya difahamkan, di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) ini saja, 1,138 individu sudah menyatakan kesediaan mereka untuk menderma darah walaupun pada awalnya, sasaran individu yang akan melakukannya adalah sekitar 800 orang saja," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sijil pengiktirafan MBOR, di sini, semalam. Pada majlis itu, beliau turut menerima sijil pengiktirafan berkenaan yang disampaikan oleh Wartawan Penyelidik MBOR, Myra Dzaman.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Omar Abd Rahman; Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengajian Politeknik, Datuk Mohlis Jaafar dan Pengarah PIS, Azizi Lin.

Md Nor berkata, menerusi program ini juga ia turut membuktikan segala kegiatan yang dijalankan di Politeknik tidak seharusnya bertumpu kepada kegiatan pembelajaran di dalam kelas semata-mata tetapi juga perlu ditambah pengisian program yang berfaedah seperti ini.

"Saya berharap, menerusi program ini juga, ia akan memberi kesedaran kepada orang ramai dan warga politeknik mengenai kepentingan menderma darah.

Sumber: Berita Harian, M/S: 7
Tarikh: Jumaat, 14 September 2012

19 comments:

  1. Keith Thurman will fight Shawn Porter in this June 2016. Watch Thurman vs Porter Live, News Updates, Predictions, Tickets, Results & Preview from our website. Thurman vs Porter Live Stream online on full HD

    The 27-year-old can put his 27-fight unbeaten record on the line at the Barclays Center in new york on weekday june 25.His fellow american Porter, 28, could be a former IBF welterweight champion who lost the title to Britain's Kell Brook in his only defeat in August 2014, however Thurman plans to knock him out.

    Thurman, who has won 22 of his fights inside the distance, said: "I'm ready for shawn Porter. We're going to box harder, box stronger and box better. i will be the better man.

    Watch Thurman vs Porter Live Stream Online PPV Event on your computer, Laptop, iPhone, Tab, iPad, Android, Apple TV- Watch Thurman vs Porter Live Stream Online HD. Watch Free Full Fight Thurman vs Porter in HD Quality Live Streaming Online.

    ReplyDelete
  2. Sàn gỗ tự nghiên - Sàn gỗ công nghiệp giá rẻ nhất, nhiều ưu đãi cho các dự án thương mại

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete