Tuesday, 18 September 2012

Politeknik tawar 10 program ijazah 2015

RASAH 13 Sept - Lebih 10 program pengajian peringkat ijazah dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan bakal ditawarkan oleh politeknik di negara ini menjelang 2015.

Menteri Pengajiali Tinggi, Datuk Serf Mohamed Khaled Nordin berkata, program, itu akan dilaksanakan sama ada secara berkembar dengan institusi lain, anugerah bersama atau dibangunkan sendiri oleh politeknik terbabit.

Beliau berkata, program ijazah itu akan bersifat praktikal dan ia berbeza daripada universiti yang lebih bersifat teori sesuai dengan kaedah pengajian yang diamalkan oleh politeknik.

"Sebagai usaha berterusan untuk meletakkan politeknik di peringkat arus perdana, kementerian bercadang memantapkan mutu penawaran program pengajian dengan memperkenalkan pengajian peringkat ijazah di Politeknik Premier," katanya ketikaberucap merasmikan Politeknik Nilai (PNS) di sini hari ini.


Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab. Rahim Md. Noor dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Md. NorYusof.

PNS didirikan di kawasan seluas 40 hektar melibatkan perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM248 juta dan mampu menampung sehingga 2,400 pelajar dalam tujuh program pengajian yang ditawarkan.

Ia adalah institusi pendidikan pertama beroperasi di Kompleks Pendidikan Bandar Enstek sini.

Dalam ucapannya, Mohamed Khaled turut menggesa politeknik menggunakan pendekatan berdasarkan kepada kehendak pasaran keija dalam penawaran program pengajian mereka.

Sumber: Utusan Malaysia, M/S: 20
Tarikh: Jumaat, 14 September 2012

No comments:

Post a Comment