Wednesday, 19 September 2012

Usaha IPTA lahir usahawan

Naib Canselor institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menyambut baik penetapan kejayaan melaksanakan program akademik yang melahirkan mahasiswa berciri keusahawanan sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) mereka.

Mereka tidak menganggap langkah itu membebankan sebaliknya menyifatkan ia pemangkin bagi meningkatkan penarafan universiti masingmasing selain meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Tan Sri Dr Ghauth Jasmon, berkata langkah itu tepat kerana peneraju IPTA yang mempunyai ciri keusahawanan mampu melonjak pencapaian universiti untuk bersaing dengan universiti terbaikdunia.

Keupayaan melaksanakan program baru yang relevan dan berdaya saing, katanya, bukan saja satu daripada ciri keusahawanan bagi kepemimpinan universiti, malah mampu mengurangkan pergantungan terhadap kerajaan.

"Saya mengalu alukan langkah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ini kerana untuk meningkatkan penarafan universiti sememangnya memerlukan naib canselor yang berciri keusahawanan.

"Sumber pendapatan bagi universiti tidak terhad kepada penyelidikan saja, tetapi turut merangkumi keupayaan meneroka dan memperkenalkan program baru yang unik dan relevan yang mampu memberi manfaat besar dan menarik lebih ramai pelajar.

"Saya memang menantikannya dan berasakan tiada masalah memenuhi KPI baru ini kerana ia antara ciri yang saya utamakan dalam memainkan peranan sebagai peneraju universiti," katanya ketika dihubungi.

Beliau mengulas langkah terbaru KPT menetapkan KPI naib canselor IPTA diukur berdasarkan kejayaan mereka melaksanakan program akademik yang melahirkan mahasiswa berciri keusahawanan. Peranan Naib Canselor Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika mengumumkan perkara itu baru-baru ini berkata, pelaksanaan KPI itu selaras dengan kejayaan sesebuah universiti yang diukur melalui penghasilan modal insan kreatif, inovatif dan memiliki kemahiran yang diperlukan majikan untuk memenuhi keperluan abad ke-2l.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datuk Ir Dr Radin Umar Radin Sohadi, berkata KPI baru itu memperluas skop kebolehpasaran pelajar merangkumi pembabitan mereka dalam aktiviti keusahawanan.

Bagi memastikan perkara itu, katanya, tumpuan bukan saja diberikan kepada jumlah pelajar yang menceburi bidang perniagaan atau menjadi usahawan beijaya, tetapi seharusnya turut mengambil kira pelajar yang mempunyai ciri keusahawanan.

"Jika penilaian KPI berdasarkan jumlah pelajar yang menjadi usahawan saja masih tidak menyeluruh kerana untuk mencapai tahap itu secara purata mengambil masa empat atau lima tahun sedangkan tempoh naib canselor memegang jawatan mungkin tidak selama itu.

"Sehubungan dengan itu, penilaian perlujuga mengambil kira pelajar yang belum menceburi bidang perniagaan tetapi mempunyai ciri keusahawanan. UPM mampu memenuhi KPI ini kerana kami bukan saja ada inkubator keusahawanan, tetapi turut mempunyai instrumen khas menilai ciri keusahawanan yang boleh dikemukakan kepada kementerian untuk tujuan berkenaan," katanya. Tingkat program keusahawanan Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid juga mengalu-alukan penetapan KPI itu kerana ia sudah dilaksana di universiti itu dengan mengambil kira pelajar yang menceburi bidang keusahawanan dalam pengiraan tahap kebolehpasaran pelajar.

Katanya, berikutan penetapan baru itu, UNIMAS akan merancakkan usaha menerapkan ilmu keusahawanan dalam pelbagai bidang pengajian termasuk sains bagi menggalakkan pelajar mengusahakan perniagaan sendiri berbanding makan gaji.

"Pengiraan tahap kebolehpasaran kami kini mencapai 68 peratus berbanding sasaran 70 peratus dan ia merangkumi pelajar yang menceburi perniagaan selain bekerja dengan pelbagai syarikat dan agensi.

"Saya tidak gusar dengan penetapan KPI baru ini, apatah lagi pelajar kami sememangnya ramai terbabit dalam perniagaan konvensional mahupun dalam talian.

"Ilmu berkaitan keusahawanan termasuk pengurusan kewangan dan pengurusan risiko akan terus diterapkan kepada pelajar merentas pelbagai disiplin bagi menyokong hasrat kementerian ini serta memberi manfaat kepada pelajar," katanya.

Sumber: Berita Harian, M/S: 8
Tarikh: Khamis, 20 September 2012

30 comments:

  1. jianbin0924
    the north face jacketshttp://www.thenorthfaces.org.uk
    north face outlet online, http://www.thenorthfaceoutletstores.org/
    chicago blackhawks, http://www.chicagoblackhawksjersey.us/
    chicago bears, http://www.chicagobearsjerseys.us/
    green bay packers, http://www.greenbaypackersjersey.us/
    new orleans saints, http://www.neworleanssaintsjerseys.us/
    oakland raiders, http://www.oaklandraidersjerseys.us/
    philadelphia eagles, http://www.philadelphiaeaglesjersey.us/
    san francisco 49ers, http://www.sanfrancisco49ersjerseys.us/
    atlanta falcons, http://www.atlantafalconsjersey.us/
    dallas cowboys, http://www.dallascowboysjersey.us/
    indianapolis colts, http://www.indianapoliscoltsjersey.us/
    kansas city chiefs, http://www.kansascitychiefs.us/
    miami dolphins, http://www.miamidolphinsjersey.com/
    minnesota vikings, http://www.minnesotavikingsjersey.us/
    new england patriots, http://www.newenglandpatriotsjerseys.us/
    new york giants, http://www.newyorkgiants.us/
    new york jets, http://www.newyorkjetsjersey.us/
    pittsburgh steelers, http://www.pittsburghsteelersjersey.com/
    seattle seahawks, http://www.seattleseahawksjersey.us/
    washington redskins, http://www.washingtonredskinsjersey.com/
    arizona cardinals, http://www.arizonacardinalsjersey.us/
    baltimore ravens, http://www.baltimoreravensjerseys.us/
    denver broncos, http://www.denverbroncos.org/
    chicago bulls, http://www.chicagobullsjerseys.net/

    ReplyDelete
  2. jianbin0924

  3. sekarang memang harus banyak pemuda yg menjadi pengusaha biar bisa membuka lowongan kerja Blog berita kekinian

    ReplyDelete
  4. Sàn gỗ tự nghiên - Sàn gỗ công nghiệp giá rẻ nhất, nhiều ưu đãi cho các dự án thương mại

    ReplyDelete