Thursday, 18 October 2012

Belajar sepanjang hayat lahir guru profesional, berilmu


Dasar pendidikan sentiasa berubah-ubah sejajar dengan tuntutan perubahan yang berlaku dalam ekonomi dan pemodenan kehidupan. Terkini, pembelajaran sepanjang hayat telah menjelma sebagai suatu dasar yang mula diambil berat oleh negara maju dan negara membangun di dalam konteks globalisasi dan pemodenan.

Idea pembelajaran sepanjang hayat bukanlah sesuatu yang baru. la terlakar dalam sejarah seawal 1920-an melalui usaha-usaha oleh cendekiawan (antaranya Basil Yeaxlee, Eduard Lindeman, Albert Mansfield, R. H. Tawney, John Dewey) sehinggalah kini. Malah sedari zaman Plato, 'education is life' adalah tonggak asas falsafah beliau. Barangkali, gerakan yang paling agresif dilakukan oleh Edgar Faure melalui laporannya berjudul 'Learning To Be' (1972).

Namun, pada waktu itu beliau tidak mendapat respon sewajarnya daripada penggubal sistem pendidikan. Hampir dua dekad berlalu, iaitu dalam 1990-an, barulah usaha Faure mula diberi perhatian oleh Suruhanjaya Eropah dan UNESCO.

Klimaks idea ini mendapat perhatian dunia ialah apabila pihak UNESCO mendeklarasikan 1996 sebagai 'Lifelong Learning Year'. Bertitik tolak dari situ, UNESCO dan Suruhanjaya Kesatuan Eropah telah menyasarkan pewujudan 'masyarakat berilmu' sebagai tema atau matlamat globalisasinya (Suruhanjaya Eropah, 2000). Penekanan diberikan UNESCO dan Suruhanjaya Kesatuan Eropah ini menjadikan keperluan 'belajar secara berterusan' satu kemestian bagi setiap individu.


Tempias desakan ini dirasai di negara kita apabila kerajaan mengambil inisiatif menyasarkan pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat dalam masyarakat melalui pelbagai pendekatan dan program pembelajaran. Antara usaha yang menampakkan kesungguhan kerajaan ialah pelancaran Pelan Induk Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2011-2020 oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Open University of Malaysia (OUM) pada 14 November 2011.

Kefahaman mengenai peri pentingnya pembelajaran sepanjang hayat bermakna setiap individu sehinggalah kepada organisasi perlu mengadaptasikan diri menjadi masyarakat yang sentiasa belajar memperbaiki nilai atau ketrampilan diri sepanjang masa tanpa dicemburui rasa jemu (HEP, 2003). Kesediaan belajar secara berterusan inilah merupakan indikator masyarakat berilmu.

Dengan bilangan penduduk dewasa (melepasi era pendidikan wajib) semakin meningkat, secara tidak langsungnya, perkara yang kritikal adalah membangunkan pendidikan untuk orang dewasa. Oleh itu, pembelajaran pasca wajib atau pembelajaran tertiari adalah satu aspek yang relevan khususnya melalui pembelajaran berasaskan kerja. Peluang belajar diperluas Selain daripada persekitaran keija itu sendiri, akses kepada peluang pembelajaran bagi orang dewasa kini telah diperluaskan dengan adanya tawaran pelbagai program pembelajaran yang boleh dilakukan secara sambilan di institusi pengajian tinggi sama ada secara bersemuka atau secara maya. Pendekatan ini sangatlah bersesuaian memandangkan secara realitinya, kemahiran di tempat kerja sentiasa berubah secara dinamik. Mana mungkin sebuah negara itu mampu berdaya saing secara global andai rakyatnya daripada kumpulan pekerja, malas belajar memperbaiki kemahiran diri.

Bercakap mengenai perubahan dinamik di persekitaran keija, tidaklah perlu kita mencari contoh jauh. Lihat saja tugas guru dewasa ini. Disebabkan perubahan dalam ekonomi dan sistem pendidikan, guru merupakan golongan yang sentiasa terdedah kepada tuntutan dan cabaran baru (Pertubuhan Buruh Antarabangsa, 2000).

Sebagai golongan yang dipertanggungjawabkan memacu sistem pendidikan negara ke tahap unggul, guru adalah penjawat awam yang memikul amanah dalam kemandirian kemajuan negara dan maruah bangsa. Peningkatan pencapaian pelajar pada semua peringkat penting dalam membangunkan modal insan cemerlang bagi menghasilkan tenaga keija mahir supaya hasrat menjadi negara membangun menjelang 2020 tercapai.

Dengan tuntutan perubahan ini, kemahiran dan pengetahuan tenaga kerja pendidik, tidak boleh tidak, perlu sentiasa dikemaskini. Mod jarak jauh atau sambilan, secara bersemuka atau maya, telah menjadikan peluang pendidikan dan pembelajaran dapat dicapai oleh kebanyakan guru pada kadar yang munasabah.

Dek kesedaran dari perspektif yang pelbagai ini, guru berpeluang untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka. Inilah antara usaha kerajaan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang dikhususkan kepada guru untuk memartabatkan profesionalisme guru.

Menuntut ilmu berterusan adalah sangat sinonim dengan kerja buat seorang guru. Sesungguhnya beruntunglah bagi guru yang menyedari keperluan ini dan menzahirkannya dalam perbuatan

Menuntut ilmu wajar diperhalusi dari perspektif agama demi melahirkan guru yang mempunyai makna atau 'isi'. Terlahirnya guru yang berwatak dari sisi kemantapan ilmu pengetahuan dan kemahiran, menjamin kelangsungan modal insan yang berkualiti. Seharusnya, ilmu yang bermanfaat dapat membentuk guru yang tawaduk dalam amanah menyampaikan ilmu yang diperoleh dan tawaduk dalam mengamalkan ilmu yang dipelajari. Ketinggian ilmu Bagi guru beriman, semakin tinggi ilmu diperoleh akan membuatkannya lebih tawaduk atau merendah diri. Inilah darjat yang dimiliki oleh para ilmuwan.

Namun, dalam kelangsungan program peningkatan akademik yang ditawarkan kepada guru, dan dalam keghairahan guru menyertainya, dunia pendidikan agak terkilan dengan senario rakan-rakan guru yang kecundang sebelum 'peperangan' sebenar bermula. Jika benarlah orang yang menuntut ilmu diumpamakan seperti orang berjihad, maka persoalan di sini ialah sejauh manakah guru memiliki 'isi' dan ketegaran dalam menangani cabaran belajar?

Sumber: Berita Harian, M/S: 29
Tarikh: Rabu, 17 Oktober 2012


29 comments:

  1. Replies
    1. bán thiết bị điện công nghiệp
      Xem thêm về Thiết bị đóng cắt - LS
      Xem thêm về Thiết bị đóng cắt Misubishi
      Xem thêm về Thiết bị chiếu sáng Paragon
      Xem thêm về Time Switch

      Xem thêm về Ống luồn dây điện
      Xem thêm về Ống luồn dây điện Vanlock
      Xem thêm về Ống luồn dây điện Sino
      Xem thêm về Công tắc Sino

      Xem thêm về Phích cắm công nghiệp
      Xem thêm về Tụ bù hệ số công suất
      Xem thêm về Đồng hồ đo điện
      Xem thêm về Chống sét lan truyền
      Xem thêm về Relay trung gian
      Bảng giá thiết bị điện dân dụng

      Delete
  2. Đại lý phân phối ket sat giá rẻ

    ReplyDelete
  3. تعد شركة البيت الافضل افضل الشركات العامة في الخدمات المنزلية تقدم افضل الخدمات باعلى جودة وباقل الاسعار
    شركة تخزين عفش بالرياض
    شركة نظافة بالرياض
    شركة غسيل خزانات بالرياض
    شركة مكافحة الحشرات بالدمام
    بالاضافة الى خدماتنا الاخرى مثل :
    شركة شراء اثاث مستعمل بالرياض
    كشف تسربات المياه بالرياض
    شركة تنظيف بيوت بالرياض
    ونتميز في جميع الخدمات بان اسعارنا تعد ارخص الاسعار بالمقارنة مع الشركات الاخرى
    شركة نقل عفش بالرياض
    رش مبيدات بالرياض
    شركة مكافحة الحشرات بالرياض
    شركة تنظيف مجالس بالرياض

    ReplyDelete
  4. I enjoyed over read your blog post. Your blog have nice information, I got good ideas from this amazing blog. I am always searching like this type blog post.
    wingsio | sesxebi | y8 | gunblood | Happy Wheels

    ReplyDelete
  5. thuê dịch vụ kế toán trọn gói tại quận hà đông
    thuê dịch vụ kế toán trọn gói tại quận long biên
    thuê dịch vụ kế toán trọn gói tại quận đống đa
    thuê dịch vụ kế toán trọn gói tại quận ba đình
    thuê dịch vụ kế toán trọn gói tại quận tây hồ
    thuê dịch vụ kế toán trọn gói tại quận hoàng mai
    thuê dịch vụ kế toán trọn gói tại thanh trì
    thuê dịch vụ kế toán trọn gói tại quận hoàn kiếm
    thuê dịch vụ kế toán trọn gói tại quận hai bà trưng
    thuê dịch vụ kế toán trọn gói tại quận thủ đức
    thuê dịch vụ kế toán trọn gói tại quận bình thạnh
    thuê dịch vụ kế toán trọn gói tại quận tân phú
    thuê dịch vụ kế toán trọn gói tại quận gò vấp
    thuê dịch vụ kế toán trọn gói tại quận phú nhuận
    thuê dịch vụ kế toán trọn gói tại quận bình tân
    thuê dịch vụ kế toán trọn gói tại quận tân bình
    thuê dịch vụ kế toán trọn gói tại đông anh
    thuê dịch vụ kế toán trọn gói gia lâm
    thuê dịch vụ kế toán trọn gói tại quận 1
    thuê dịch vụ kế toán trọn gói tại quận 2
    thuê dịch vụ kế toán trọn gói tại quận 3
    thuê dịch vụ kế toán trọn gói tại quận 4
    thuê dịch vụ kế toán trọn gói tại quận 5
    thuê dịch vụ kế toán trọn gói tại quận 6
    thuê dịch vụ kế toán trọn gói tại quận 7
    thuê dịch vụ kế toán trọn gói tại quận 8
    thuê dịch vụ kế toán trọn gói tại quận 9
    thuê dịch vụ kế toán trọn gói tại quận 10

    ReplyDelete
  6. Android App Store reviews/ratings aren’t consistently trustworthy & consistent as broadly offered on internet. For authentic App Store reviews & ratings, we're there to accomplish your requirements. buy reviews for google play store

    ReplyDelete