Thursday, 18 October 2012

Biasiswa ditawar kepada juara temasya SUKIPT 2012


KUANTAN: Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) yang julung kali diadakan tahun ini bakal menawarkan biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi kepada peserta atau atlet yang berjaya menjuarai acara dipertandingkan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata sebanyak 22 acara akan dipertandingkan dalam SUKIPT yang akan berlangsung dari 28 Oktober hingga 11 November dengan majlis perasmian dan penutupan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

"Mereka yang menjadi johan akan layak untuk biasiswa sukan itu," katanya kepada kepada pemberita selepas merasmikan karnival bola keranjang "3 ON 3" Institut Pengajian Tinggi di sini, pada Jumaat.


Mengenai karnival bola keranjang "3 ON 3" IPT, beliau berkata, sukan itu bukan lagi sukan yang didominasi oleh sesuatu kaum sahaja khususnya kaum Cina., Katanya, kementerian mengganggap sukan itu harus dipromosi dan diberi tumpuan kerana lebih 500,000 rakyat negara ini yang bukan dari kaum Cina, juga bermain sukan berkenaan.

"Karnival ini akan dijadikan sebagai satu platform bagi meningkatkan minat pelajar-pelajar IPT dalam sukan itu," katanya. - Bernama

Sumber: Daily Express, M/S: 11
Tarikh: Sabtu, 6 Oktober 2012


18 comments:

  1. Sàn gỗ tự nghiên - Sàn gỗ công nghiệp giá rẻ nhất, nhiều ưu đãi cho các dự án thương mại

    ReplyDelete
  2. I enjoyed over read your blog post. Your blog have nice information, I got good ideas from this amazing blog. I am always searching like this type blog post.
    wingsio | sesxebi | y8 | gunblood | Happy Wheels

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete