Monday, 22 October 2012

Cuaca uji peserta VBR


SEMUA peserta Varsity Boat Race 2012 (VBR) dan Kejohanan Tahunan Sukan Mendayung & Kayak peringkat universiti menyerlah sepanjang peringkat saringan yang berlangsung sejak kelmarin, walaupun sesetengahnya menyimpan kuku dan taring sebelum menunjukkan kekuatan sebenar di final. Setiausaha Jawatankuasa Pengelola VBR, Abdul Malik Abdul Ghani berkata, semua pasukan setiap kategori mempunyai keistimewaan dan sukar menjangkakan pasukan terbaik. "Malah, sepanjang dua hari peringkat saringan, prestasi peserta amat baik walaupun jadual pertandingan kerap berubah akibat hujan. 

Namun, semangat mereka amat tinggi sepanjang pertandingan. "Sukar meramalkan siapa yang akan menjadi juara kerana masing-masing mempunyai keistimewaan sendiri, termasuk peserta dari universiti luar negara," katanya ketika dihubungi semalam. Abdul Malik yang juga Presiden Persatuan Mendayung Malaysia (Perdama) berkata, walaupun terikat dengan jadual dan masa, penganjur sentiasa mengutamakan keselamatan semua peserta memandangkan setiap hari boleh dikatakan cuaca buruk. Tetapi, katanya ia tidak mengganggu peserta dan tidak menjejaskan komitmen mereka walaupun terpaksa menangguhkan pertandingan hingga sejam. 


"Kami akan tengok keadaan, kalau hujan berserta petir, penganjur akan menghentikan pertandingan, apabila semua dah selamat baru dimulakan kembali. "Sebagai contoh, pertandingan hari ini (semalam) sepatutnya bermula jam 3 petang, namun 2.45 hujan lebat berserta guruh dan petir, kita tangguhkan dan pertandingan hanya bermula kira-kira jam 4 petang." Kejohanan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berlangsung di Kompleks Sukan Air Presint 6, Putraj aya. Ia mendapat kerjasama Perdama, Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Persatuan Kenu Malaysia (MAS- CA), Perbadanan Putrajaya dan sokongan Majlis Sukan Universiti Asia (AUSC). 

Sebanyak 32 pasukan terdiri daripada 18 institusi pengajian tinggi awam (IPTA), sembilan universiti dari luar negara dan empat sekolah menengah sekitar Putrajaya menyertai kejohanan yang masuk tahun keenam bermula Selasa lalu hingga esok. IPTA yang mengambil bahagian ialah Majlis Sukan Kolej Komuniti, Majlis Sukan Politeknik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Selain itu, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Teknologi MARA, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Pusat Kecemerlangan Sukan (PKS) dan UTM. Universiti luar negara membabitkan Universiti Chiang Mai, Universiti China Hong Kong, Universiti Mahidol, Universiti Kebangsaan Singapura, Universiti Nottingham, Universiti Pendidikan Indonesia, Universiti Colombo, Universiti Chulalongkorn dan Universiti Teknologi Nanyang. 

Empat sekolah yang mengambil bahagian ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Precint 16 (1), SMK Putrajaya Precint 8 (1), SMK Putrajaya Precint 9 (2) dan Sekolah Sultan Alam Shah. Hari ini, pertandingan diteruskan untuk menentukan pasukan yang meneruskan perjuangan ke separuh akhir.

Sumber: Harian Metro, M/S: 75
Tarikh: Sabtu, 20 Oktober 2012


17 comments:

  1. Đại lý phân phối ket sat giá rẻ

    ReplyDelete
  2. I enjoyed over read your blog post. Your blog have nice information, I got good ideas from this amazing blog. I am always searching like this type blog post.
    wings io | sesxebi | y8 | gunblood | Happy Wheels

    ReplyDelete
  3. Lớp học kế toán tổng hợp Tại cầu giấy
    Lớp học kế toán tổng hợp Tại từ liêm
    Lớp học kế toán tổng hợp Tại thanh xuân
    Lớp học kế toán tổng hợp Tại hà đông
    Lớp học kế toán tổng hợp Tại long biên
    Lớp học kế toán tổng hợp Tại nguyễn chính thanh đống đa
    Lớp học kế toán tổng hợp Tại minh khai hai bà trưng
    Lớp học kế toán tổng hợp Tại bắc ninh
    Lớp học kế toán tổng hợp Tại hải phòng
    Lớp học kế toán tổng hợp Tại tphcm
    Lớp học kế toán tổng hợp Tại quận 3
    Lớp học kế toán tổng hợp Tại thủ đức
    Lớp học kế toán tổng hợp Tại đà nẵng
    Lớp học kế toán tổng hợp Tại biên hòa
    Lớp học kế toán tổng hợp Tại đồng nai
    Lớp học kế toán tổng hợp Tại nam định
    Lớp học kế toán tổng hợp Tại thái bình
    Lớp học kế toán tổng hợp Tại bắc giang
    Lớp học kế toán tổng hợp Tại vĩnh phúc
    Lớp học kế toán tổng hợp Tại thái nguyên
    Lớp học kế toán tổng hợp Tại quảng ninh
    Lớp học kế toán tổng hợp Tại hải dương
    Lớp học kế toán tổng hợp Tại hưng yên
    Lớp học kế toán tổng hợp Tại hà nam
    Lớp học kế toán tổng hợp Tại ninh bình
    Lớp học kế toán tổng hợp Tại nghệ an
    Lớp học kế toán tổng hợp Tại vũng tàu

    ReplyDelete
  4. Hãy tìm đến công ty TNHH thương mại dịch vụ kỹ thuật điện lạnh Trí Nhân để được cung cấp dịch vụ thu mua may lanh cu gia cao uy tín nhất.

    ReplyDelete
  5. good post
    Dailymotion video downloader

    Try Dailymotion video
    downloader
    to download videos from dailymotion.

    ReplyDelete