Monday, 22 October 2012

Graduan politeknik pereka hebat


NEGARA kita aktif mengorak langkah penuh dinamik untuk muncul sebuah negara maju berpendapatan tinggi menerusi kepesatan bidang industri. justeru, dalam mertyediakan daya tarikan untuk pelabur membangunkan industri perkilangan, antara tenaga penting yang diperlukan ialah modal insan berkemahiran tinggi.

Sejak 1969, kerajaan mengatur langkah bijak menubuhkan politeknik sebagai wadah melahirkan sumber tenaga manusia berkemahiran tinggi dalam sektor teknikal dan pengurusan.

Pembangunan pendidikan tinggi melalui politeknik sernakin berkembang dan tidak pernah terhenti. Hingga kini, ada 27 politeknik dan tiga politeknik Metro di seluruh negara. Semuanya untuk menzahirkan visi menjana modaf insan yang memiliki ilmu pengetahuan dan . kemahiran hebat, sekali gus menepati kehendak pasaran kerja di sektor industri: Agenda Transformasi Polfteknflsseperti yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri pada 25 Februari 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan garapan pelbagai agenda memberi nafas baru dalam mengangkat imej dan reputasi politeknik sebagai institusi pengajian tinggi diminati pelajar.


Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi, Mejar (K) Md NorYusof mengatakan, Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) sudah mengkaji semula program yang ditawarkan mengikut kekuatan politeknik masing-masing. la selaras Model Barn Ekonomi dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) negara. "Kita juga tidak lupa untuk mengatur strategi Agenda Transformasi Politeknik seperti yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri pada 25 Februari 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan garapan pelbagai agenda memberi nafas bara dalam mengangkat imej danreputas) poNteknik sebagai institusi pengajian tinggi diminati

pelajar. bagi mempertingkatkan penghasilan graduan politeknik yang berkualiti serta mampu berdiri melalui program pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja global," katartya.

Dapat kita fahami bahawa peranan politeknik masa kini besar dalam menjayakan Program Transformasi Negara, sekali gus mencabar keupayaan tenaga akademiknya supaya bersedia melangkah seiring hasrat negara.

Sebenarnya komitmen tenaga pengajar politeknik semakin menyerlah jika kita rajin meneliti perkembangan semasa yang dibuktikan menerusi kejayaan penyelidikan dan inovasi bertaraf tinggi.

Misalnya dalam Pertandingan Formula Varsiti (FV) kali ketiga di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem), baru-baru ini memperlihatkan dua pasukan dari politeknik, iaitu Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang dan Politeknik Muadzam Shah.Pahangmemecah dominasi institusi pengajian tinggi lain.

Mereka mampu berada dalam kelompok lima terbaik dengan Politeknik Seberang Perai di tempat keempat manakala Politeknik . Muadzam Shah kelima daripada 36 pasukan yang bertanding. Tidakkah hal itu cukup buat kita menobatkan pelajar politeknik mampu berdiri sama tinggi dengan rakan di institusi lain?

Pertandingan dwitahunan itu adalah satu pertandingan berprestij tinggi yang menjadi antara medan menonjolkan keupayaan sebenar warga kampus institusi dalam bidang inovasi automobil.

Meskipun kemudahan dan peraiatan di politeknik tidak sehebat dan secanggih institusi lain, keupayaan dua politeknik itu membuktikan faktor kesungguhan dan kesepakatan dalam pasukan mampu mengglap rupa bentuk inovasi berkualiti tinggi.

Semangat mereka untuk membuktikan kejayaan juga tinggi dan dengan sedikit 'sentuhan' nasihat kepakaran tenaga pensyarah, idea bernas yang berdaya saing mampu diteijemahkan menerusi hasil inovasi hebat.

Penulis sempat menemui Ketua Pemandu FV Politeknik Muadzam Shah, Abdul Salam Azahary,20,yang juga pelajar semester tiga Jabatan Kejuruteraan Mekanikal..

Beliau memberitahu, pendedahan melalui pertandingan FV memberikan fceyakinan untuk menggunakan daya kreativiti dalam mencorakkan inovasi bertaraf tinggi. "Meskipun masih mentah dan tertalu baru dalam bidang menginovasikan kereta lumba sebegini, namun tlengan terapan ilmu secara teori dan amali dalam kuliah menyuntik motivasi untuk bersaing dengan institusi lain," katanya. Jelaslah bahawa tujuan dan objektif penubuhan politeknik dalam melahirkan modal insan berdaya saing tinggi sudah mula menampakkan kesannya.

Pelajar diharap tidak mensia-siakan peluang belajar, sebaliknya akan terus menggembleng usaha dan semangat melonjakkan imej diri sebagai graduan bertaraf perdana. Penulis pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah, Kuantan, Pahang. Warga kampus yang mempunyai pandangan mengenai pelbagai isu semasa boleh menghantarnya ke ruangan ini dan e-mel kepada ruhalzarusmin@hmetro.com.my

Sumber: Harian Metro, M/S: 15
Tarikh: Isnin, 22 Oktober 2012

18 comments:

  1. Lắp đặt ngay camera quan sat giá tốt nhất thị trường tại camera quan sat

    ReplyDelete
  2. I enjoyed over read your blog post. Your blog have nice information, I got good ideas from this amazing blog. I am always searching like this type blog post.
    wings io | sesxebi | y8 | gunblood | Happy Wheels

    ReplyDelete
  3. Hãy tìm đến công ty TNHH thương mại dịch vụ kỹ thuật điện lạnh Trí Nhân để được cung cấp dịch vụ thu mua may lanh cu gia cao uy tín nhất.

    ReplyDelete
  4. good post
    Dailymotion video downloader

    Try Dailymotion video
    downloader
    to download videos from dailymotion.

    ReplyDelete