Thursday, 18 October 2012

Iktiraf universiti luar bandar


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menganggap pemilihannya sebagai institusi pengajian tinggi (IPT) pertama di negara ini yang memiliki pusat kesukarelawanan, Outreach Centre 1M4U sebagai pengiktirafan kepada universiti luar bandar.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin, berkata ia membuktikankerajaan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi menyedari potensi UTHM yang terletak di Parit Raja, dekat sini, iaitu kawasan luar bandar yang semakin pesat membangun. Rangka kegiatan kesukarelawanan "Alhamdulillah, UTHM berbangga kerana menjadi universiti pertama yang dipilih memiliki Outreach Centre 1M4U, yang akan mewujudkan gelombang baru sukarelawan generasi baru yang akan bergiat aktif sekali gus memberi manfaat kepada komuniti di sini.

"Pemberian dana RM10,000 oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika pelancaran program itu membolehkan UTHM merangka pelbagai kegiatan kesukarelawanan untuk manfaat masyarakat.

"Setakat ini, kita merancang membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) membabitkan industri makanan ringan, benih tanaman dan akuakultur bagi meningkatkan pemasaran produk mereka menggunakan bantuan teknologi maklumat (IT) yang dihasilkan sukarelawan UTHM," katanya. Aktiviti mula Februari Mohd Noh berkata, aktiviti Outreach Centre UTHM akan dilaksanakan sepenuhnya mulai Februari depan dengan pelajar yang terbabit dalam program berkenan turut diberikan markah seperti kegiatan kokurikulum lain.


Katanya, pelajar yang terbabit dalam setiap aktiviti kesukarelawanan menerusi Outreach Centre UTHM akan dianugerahkan jam kredit dan pemarkahan seperti mana pembabitan mereka dalam badan beruniform atau aktiviti kokurikulum lain.

"UTHM sedang menyediakan garis panduan, termasuk sukatan dan modul kesukarelawanan bagi memudahkan pelaksanaan pemarkahan itu nanti.

"UTHM juga mensasarkan pembabitan antara 300 hingga 500 pelajar yang berminat melakukan kerja kesukarelawanan menerusi Outreach Centre UTHM ini," katanya. a Alhamdulillah, UTHM berbangga kerana menjadi universiti pertama yang dipilih memiliki Outreach Centre 1M4U, yang akan mewujudkan gelombang baru sukarelawan generasi baru yang bergiat aktif sekali gus memberi manfaat kepada komuniti di sini" Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM

Sumber: Berita Harian, M/S: 5
Tarikh: Rabu, 17 Oktober 2012

17 comments:

  1. Replies
    1. bán thiết bị điện công nghiệp
      Xem thêm về Thiết bị đóng cắt - LS
      Xem thêm về Thiết bị đóng cắt Misubishi
      Xem thêm về Thiết bị chiếu sáng Paragon
      Xem thêm về Time Switch

      Xem thêm về Ống luồn dây điện
      Xem thêm về Ống luồn dây điện Vanlock
      Xem thêm về Ống luồn dây điện Sino
      Xem thêm về Công tắc Sino

      Xem thêm về Phích cắm công nghiệp
      Xem thêm về Tụ bù hệ số công suất
      Xem thêm về Đồng hồ đo điện
      Xem thêm về Chống sét lan truyền
      Xem thêm về Relay trung gian
      Bảng giá thiết bị điện dân dụng

      Delete
  2. Đại lý phân phối ket sat giá rẻ

    ReplyDelete