Thursday, 18 October 2012

IPTS lahir pakar penyelidikan


Bagi sebuah universiti, penambahan ilmu dengan cara membaca semata-mata tidak mencukupi, penemuan penemuan ilmu baru, reka cipta dan inovasi perlulah dibuat menerusi penyelidikan ataupun perundingan. Ini adalah harapan masyarakat kepada kita.

Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Dr Anuar Ahmad berkata, penyelidikan di universiti bukan lah semata-mata untuk menemui ilmu baru atau melakukan reka cipta, tetapi lebih daripada itu, iaitu untuk membuat transformasi kepada pensyarah-pensyarahnya supaya menjadi pakar bidang masing-masing.

"Seterusnya memperturunkannya kepada penuntut agar mereka dilengkapkan dengan ilmu, kemahiran yang terkini dan graduan yang relevan kepada kehendak pasaran semasa.

"la juga sesuai dengan visi Unisel iaitu menjadi sebuah universiti unggul dan melahirkan profesional serta ilmuwan yang mempunyai moral dan etika terpuji," katanya pada Majlis Akademik, Kolokium Penyelidikan Unisel 2012 baru-baru ini.


Anuar berkata, inilah pertama kali, Unisel mengadakan kolokium seumpama itu, kerana selalunya jumlah abstrakdan juga pembentangan tidaklah sebanyakyang diadakan pada kali itu.

Menurutnya, pada kali ini terdapat lOOabstrakyang dapat dibukukan dan 95 pembentang akan membuat pembentangan masing-masing secara selari. Pembentangan dibahagikan kepada empat kluster penyelidikan: a.Kluster Pasca siswazah b.Geran Industri c.Geran Kerajaan dan Kluster d.Penyelidik yang telah menerbitkan kertas kerja di dalam jurnal

"Ini menunjukkan budaya penyelidikan mula bertapak di Unisel. Mudah-mudah'an ia akan terus meningkat maju," katanya. Kerajaan Negeri sahir dana Bersempena dengan majtis itu katanya, betiau ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor di atas sokongan moral, teknikal dan juga kewangan yang telah diberikan.

"Alhamdulillah Unisel diperuntukkan sebanyakRM248 juta hasil daripada penstrukturan semula hutang Talam Corporation.

Inilah yang saya maksudkan dengan bantuan teknikal tadi. "Selain itu, taripa kemahiran teknikal dan kemahiran rundtngan yang dihulurkan, saya tidak terfrkir bagaimana Unisel boleh m'endapat peruntukan sebanyakitu.'jelasnya, .

Selain daripada. itu Anuar menambah, Kerajaan Negeri juga telah mengambil alih hutang atau bond RM150juta yang tertanggung ke atas Unisel bermula Januari 2011. "Dari segi infrastruktur teknologi maklumat (4T), RM2.65 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri sejak November 2011 lagi, untuk meningkatkan kemudahan ICT yang dibina pada 2004, tanpa perlu menunggu bajet tahunan, bagi mempercepatkan proses, tetapi kerana tender yang terendah ditawarkan tidak dapat melaksanakannya, terpaksalah ditawarkan semula.

"Ada lagi peruntukan lain seperti RM20 juta untuk memperbaiki sistem pembetungandi Bestari Jayadan RM5juta untuk dewan makan serta tempat riadah juga di Bestari Jaya dan semua ini adalah sumbangan Kerajaan Negeri yang amat Unisel hargai," katanya.

Selain itu kata Anuar, ketika pelancaran projek Tisu Culture baru-baru ini juga, Unisel telah diiktiraf sebagai anak emas Kerajaan Negeri oleh Exco Pendidikan, Dr Halimah Ali.

"Justeru projek berkenaan adalah salah satu daripada projek teknologi hijau yang diperuntukkan melalui Exco pendidikan sebanyak RM500.000. Dalam projek ini, penyelidik berjaya melahirkan benih pokok gaharu, pisancj tanduk dan ubi jaga.

"Untuk makluman, ubi jaga khasiatnya sama seperti tongkat ali, tetapi kekuatan steroidnya adalah tiga kali garida," katanya.

Sementara itu, Ketua Penyelidik, Prof Dr Aziah berkata, pengkomersialan akan dibuat pada tahun hadapan setelah benih-benih berkenaan terbutai boleh mengeluarkan hasil yangbaik. Penambahan kemasukan pelajar Anuar berkata, beliau turut maklumkan tentang pengambilan pelajar baru di mana pada tahun ini saja setelah empat pengambilan, lebih 4,000 pelajar buru telah mendaftar, dan ada lagi satu pengambilan pada akhir tahun.

"Ini tercapai oleh kerana usaha gigih yang telah dibuat oleh semua pihak, terutamanya bahagian pemasaran, bahagian kemasukan dan rekod pelajar, bahagian bendahari dan juga kepada pensyarah yang terpaksa menyediakan kertas soalan peperiksaan sehingga lima kali setahun.

"Di samping itu, dari segi kualiti, beberapa penuntut kita, telah terpilih menjadi penuntut terbaik di peringkat kebangsaan," katanya.

Tidak di sangka-sangka juga, daripada traser study yang dijalankan oleh kementerian pengajian tinggi jelas Anuar, penuntut Unisel adalah yang tertinggi dari aspek kebolehpasaran dan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

"Alhamdulillah, mudah-mudahan kelebihan ini dapat dipertingkatkan lagi pada masa akan datang.

"Saya berkeyakinan dengan adanya satu iltizam yang kuat dalam satu ikatan permuafakatan dan gandingan yang mantap antara kita semua, Insya-Allah segala usaha kita, akan dipermudahkan dan diberkati ALLAH untuk mencapai kecemerlangan," katanya.

Sinar Harian, M/S: 27
Rabu, 17 Oktober 2012


13 comments:

  1. Replies
    1. bán thiết bị điện công nghiệp
      Xem thêm về Thiết bị đóng cắt - LS
      Xem thêm về Thiết bị đóng cắt Misubishi
      Xem thêm về Thiết bị chiếu sáng Paragon
      Xem thêm về Time Switch

      Xem thêm về Ống luồn dây điện
      Xem thêm về Ống luồn dây điện Vanlock
      Xem thêm về Ống luồn dây điện Sino
      Xem thêm về Công tắc Sino

      Xem thêm về Phích cắm công nghiệp
      Xem thêm về Tụ bù hệ số công suất
      Xem thêm về Đồng hồ đo điện
      Xem thêm về Chống sét lan truyền
      Xem thêm về Relay trung gian
      Bảng giá thiết bị điện dân dụng

      Delete
  2. Đại lý phân phối ket sat giá rẻ

    ReplyDelete
  3. I enjoyed over read your blog post. Your blog have nice information, I got good ideas from this amazing blog. I am always searching like this type blog post.
    wingsio | sesxebi | y8 | gunblood | Happy Wheels

    ReplyDelete
  4. Đào tạo kế toán thực hành Tại cầu giấy
    Đào tạo kế toán thực hành Tại từ liêm
    Đào tạo kế toán thực hành Tại thanh xuân
    Đào tạo kế toán thực hành Tại hà đông
    Đào tạo kế toán thực hành Tại long biên
    Đào tạo kế toán thực hành Tại nguyễn chính thanh đống đa
    Đào tạo kế toán thực hành Tại minh khai hai bà trưng
    Đào tạo kế toán thực hành Tại bắc ninh
    Đào tạo kế toán thực hành Tại hải phòng
    Đào tạo kế toán thực hành Tại tphcm
    Đào tạo kế toán thực hành Tại quận 3
    Đào tạo kế toán thực hành Tại thủ đức
    Đào tạo kế toán thực hành Tại đà nẵng
    Đào tạo kế toán thực hành Tại biên hòa
    Đào tạo kế toán thực hành Tại đồng nai
    Đào tạo kế toán thực hành Tại nam định
    Đào tạo kế toán thực hành Tại thái bình
    Đào tạo kế toán thực hành Tại bắc giang
    Đào tạo kế toán thực hành Tại vĩnh phúc
    Đào tạo kế toán thực hành Tại thái nguyên
    Đào tạo kế toán thực hành Tại quảng ninh
    Đào tạo kế toán thực hành Tại hải dương
    Đào tạo kế toán thực hành Tại hưng yên
    Đào tạo kế toán thực hành Tại hà nam
    Đào tạo kế toán thực hành Tại ninh bình
    Đào tạo kế toán thực hành Tại nghệ an
    Đào tạo kế toán thực hành Tại vũng tàu

    ReplyDelete