Thursday, 18 October 2012

KPT lancar My UniRawks 1M4U


Kementerian Pengajian Tinggi semalam melancarkan pertandingan My Uni- Rawks 1M4U, membolehkan pelajar universiti yang mengambil bahagian memenangi pelbagai hadiah menarik.

Selain wang tunai, iPad dan lawatan ke luar negara yang menjadi rebutan, hadiah paling istimewa adalah peluang berinteraksi bersama Perdana Menteri, Datuk Sen Najib Razak.

Pertandingan My UniRawks itu membuka peluang kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) mengemukakan cadangan aktiviti kesukarelawanan melalui laman Facebook 1M4U bermula semalam dan berakhir 13 November depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pelajar IPT yang berminat digalak mengemukakan sebanyak mungkin idea kreatif, inovatif dan asli bagi menyertai pertandingan berkenaan.

"Setiap cadangan aktiviti kesukarelawanan yang memanfaatkan IPT dan komuniti dinilai panel khas dan 10 cadangan terbaik akan menerima dana RM10,000 serta paling istimewa, diundang ke sesi interaksi dengan Perdana Menteri. 10 cadangan terbaik dipapar dalam laman Facebook 1M4U "10 cadangan terbaik ini akan dipaparkan dalam laman Facebook 1M4U dan undian akan dijalankan bagi menentukan tiga cadangan terbaik," katanya ketika melancarkan Program Pra Pelancaran 1M4U Outreach Centre di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini, semalam.


Terdahulu, Mohamed Khaled melancarkan 1M4U Outreach Centre yang pertama di negara ini di UTHM sebelum menyerahkan dana RM10,000 kepada pusat berkenaan bagi menjalankan aktiviti kesukarelawanan.

Sementara itu, beliau berkata, kementeriannya menyasarkan pelaksanaan 100 program kesukarelawanan pelajar di IPT seluruh negara yang akan dilaksanakan November ini.

"Bilangan program disasarkan bertambah kepada 600 program menjelang Julai 2013 yang akan dijayakan bersama kementerian, mahasiswa serta pelbagai kementerian lain bagi menyahut saranan kerajaan mengaplikasi Strategi Lautan Biru Nasional," katanya.

Sumber: Berita Minggu, M/S: 13
Tarikh: Ahad, 14 Oktober 2012

10 comments:

  1. Replies
    1. bán thiết bị điện công nghiệp
      Xem thêm về Thiết bị đóng cắt - LS
      Xem thêm về Thiết bị đóng cắt Misubishi
      Xem thêm về Thiết bị chiếu sáng Paragon
      Xem thêm về Time Switch

      Xem thêm về Ống luồn dây điện
      Xem thêm về Ống luồn dây điện Vanlock
      Xem thêm về Ống luồn dây điện Sino
      Xem thêm về Công tắc Sino

      Xem thêm về Phích cắm công nghiệp
      Xem thêm về Tụ bù hệ số công suất
      Xem thêm về Đồng hồ đo điện
      Xem thêm về Chống sét lan truyền
      Xem thêm về Relay trung gian
      Bảng giá thiết bị điện dân dụng

      Delete
  2. Đại lý phân phối ket sat giá rẻ

    ReplyDelete