Thursday, 18 October 2012

KPT tubuh jawatankuasa cari bakat sukan


KOTA KINABALU: Kementerian Pengajian Tinggi akan menubuhkan jawatankuasa mencari bakat sukan untuk mengenalpasti. atlet-pelajar yang mempunyai potensi dalam sukan berimpalc tinggi (bertaraf dunia), sppaya kemahiran mereka boleh digilap dan dipersiapkan untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Datuk Haji Omar Abdul Rahman berkata ia akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan agensi dan badan relevan lain di bawah jawatankuasa itu, yang merupakan sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan pembangunan sutetn di negara ini.

Mereka yang direkrut di bawah jawatankuasa itu juga akan digalakkan untuk merldaftar di mana-mana universiti tempatan di bawah keperluan minimum sebagai sebahagian daripada galakan kepada mereka, katanya.

Kementerian percaya terdapat himpunan bakat sukan di kalangan pelajar yang boleh digilap dan dipersiapkan untuk bersaing dalam sukan berimpak tinggi seperti lawan pedang, menydam, menembak, taekwondo dan sebagainya, katanya kepada pemberita selepas mewakili Menteri pada perasmian Kejohanan Taekwondo Universiti Asia Ketiga dihoskan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini Khamis.


Kementerian menetapkan sasaran 30 peratus untuk atlet kebangsaan bagi mewakili negara dalam acara sukan bertaraf antarabangsa datang daripada pembelajaran awam institusi pengajian tinggi (IPTA).

"Sehingga kini, kami sudah mempunyai beberapa nama yang telah bertanding di peringkat antarabangsa dan mereka adalah pelajar," kata Omar, sambil menambah Kementerian bekerjasama dengan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) dalam mencapai sasaran yang ditetapkan.

Kepada satu soalan, beliau berkata mereka mencapai kira-kira 22-25 peratus daripada sasaran setakat ini dan dijangka mencapai sepenuhnya menjelang 2015.

Antara usaha yang dilakukan untuk mencapai sasaran itu adalah menyediakan insentif seperti biasiswa pendidikan kepada atlet untuk melanjutkan pelajaran mereka di peringkat universiti, katanya, sambil menambah setakat ini lebih 100 atlet-pelajar diberi biasiswa tersebut.

Kementerian menetapkan sasaran untuk menyediakan biasiswa itu kepada 400 atletpelajar dan terbuka kepada mereka yang aktif dalam sukan dan memenuhi keperluan minimum, katanya.

Selain itu, beliau berkata Kementerian juga menyediakan sejumlah bantuan kewangan kepada setiap IPTA bagi pembangunan sukan fizikal.

"Setiap IPTA juga dilantik sebagai pusat kecemerlangan untuk sukan tertentu/fokus, misalnya, UMS adalah pusat kecemerlangan bagi taekwondo.... ini adalah cara kami untuk membangun dan mewujudkan pakar dalam sukan tertentu," katanya.

Mengenai UMS sebagai pusat kecemerlangan bagi taekwondo, beliau berkata Kement.erian bekerjasama dengan persatuan taekwondo di,negara ini yang bersetuju untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dengan UMS.

Sementara itu, Kejohanan Taekwondo Universiti Asia Ketiga selama tiga hari itu bukan sahaja bersejarah bagi UMS tetapi juga negara kerana ia adalah yang pertama bagi sebuah universiti Malaysia untuk mengadakan acara sukan universiti antarabangsa yang diiktiraf oleh badan sukan dunia.

Kejohanan, dianjurkan oleh Persekutuan Sukan Universiti Asia (AUSF), disertai oleh universiti dari sembilan negara termasuk Malaysia.

Omar, dalam ucapannya, berkata kejohanan itu bukan semata-mata mengenai menentukan pemenang atau juara kejohanan tetapi yang paling penting ia secara tidak langsung mendidik pelajar dan atlet bahawa kejayaan hanya boleh dicapai melalui usaha, perancangan, ketabahan dan pengorbanan.

Selain itu, katanya, acara itu adalah satu platform untuk menggalakkan perpaduan, persahabatan antarabangsa, menghormati dan kerjasama antara atlet dan pegawai dari bahagian yang berlainan di dunia. AUSF kini mempunyai 35 ahli.

Apabila ditanya mengapa hanya sembilan anggota AUSF mengambil bahagian dalam acara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS meranglcap Pengerusi Masum dan Presiden Majlis Sukan Universiti Asean Profesor Madya Datuk Dr Haji Kasim Haji Md Mansur berkata ini masih dianggap berjaya kerana biasanya akan. ada kira-kira enam negara yang mengambil bahagian dalam kejohanan sukan peringkat universiti Asia.

Acara sukan universiti dunia seterusnya yang akan dianjurkan oleh Malaysia adalah kejohanan woodball universiti dunia pada 2014.

Penilai AUSF merangkap Naib Presiden Preecha Prayoonpat, yang turut hadir berkata, ahli-ahli lain mungkin membuat persediaan untuk Perhimpunan Agung AUSF yang akan diadalcan di Thailand bulan hadapan di mana taekwondo juga sebahagian daripada acara sukan.

Sumber: Daily Express, M/S: 12
Tarikh: Jumaat, 12 Oktober 2012


11 comments:

  1. Sàn gỗ tự nghiên - Sàn gỗ công nghiệp giá rẻ nhất, nhiều ưu đãi cho các dự án thương mại

    ReplyDelete
  2. شركة مقاولات بمكة شركة مقاولات بمكة
    شركة تنظيف مساجد بمكة شركة تنظيف مساجد بمكة
    شركة تنظيف كنب بمكة شركة تنظيف كنب بمكة
    شركة اعمال سباكة بمكة شركة اعمال سباكة بمكة
    شركة مكافحة الحشرات بمكة شركة مكافحة الحشرات بمكة
    شركة رش مبيدات بمكة شركة رش مبيدات بمكة
    شركة مكافحة النمل الابيض بمكة شركة مكافحة النمل الابيض بمكة
    شركة نقل اثاث بجدة شركة نقل عفش بجدة
    شركة مكافحة الصراصير بمكة شركة مكافحة الصراصير بمكة
    شركة مكافحة الفئران بمكة شركة مكافحة الفئران بمكة

    ReplyDelete