Thursday, 18 October 2012

L2M pasar hasil kajian universiti


Putrajaya: Kerajaan memperkenalkan Program Pengkomersialan Lab2Market (L2M) yang menghubungkan pemain industri, inovator dan pelabur bagi membolehkan universiti tempatan memasarkan produk hasil penyelidikan mereka.

Pengarah Pejabat Pengurusan Program, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Prof Madya Dr Harshita Aini Haroon, berkata setakat ini dua projek penyelidikan universiti, masing-masing dipilih untuk menerima geran RM150,000 dalam pusingan satu program Pengkomersilan L2M.

Ia termasuk projek Sistem Diagnostik Prapermasalahan Tayar (TPDS) yang diketuai Dr Lawrence Khoo dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan projek Biometrik Wajah bagi Sistem Merekodkan Kehadiran'(FaceBARS), diketuai Dr Shahrel Azmin Suandi dari Universiti Sains Malaysia (USM). Cari projek berpotensi "Bagi pusingan kedua, kami mencari projek yang berpotensi untuk dikomersialkan, kesediaan dan keunikan projek berkenaan. Pemohon dipilih akan menerima pembiayaan daripada Cradle Fund Sdn Bhd.


"Setakat ini, 25 projek tambahan disenarai pendek daripada 60 permohonan bagi pusingan dua bermula Julai lalu," katanya kepada media, di sini, semalam.

Beliau berkata, pusingan dua turut dibuka kepada universiti bukan penyelidikan berdasarkan projek mereka yang berpotensi untuk dikomersialkan.

Sumber: Berita Harian, M/S: 4
Tarikh: Khamis, 4 Oktober 2012

11 comments:

  1. Sàn gỗ tự nghiên - Sàn gỗ công nghiệp giá rẻ nhất, nhiều ưu đãi cho các dự án thương mại

    ReplyDelete
  2. I enjoyed over read your blog post. Your blog have nice information, I got good ideas from this amazing blog. I am always searching like this type blog post.
    wingsio | sesxebi | y8 | gunblood | Happy Wheels

    ReplyDelete