Thursday, 18 October 2012

Martabatkan kerja sukarela sebagai amalan profesional


PERIBAHASA "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing" sudah cukup menggambarkan budaya masyarakat Malaysia yang menitikberatkan sifat tolong menolong sesama insan.

Ia diterjemahkan melalui aktiviti gotong-royong dalam kalangan masyarakat tidak kira sama ada melibatkan kematian atau kenduri-kendara, yang secara tidak langsung membina hubungan sosial akrab dalam kalangan masyarakat.

Namun keadaan sekarang sudah jauh berbeza. Amalan itu semakin terhakis apabila masing-masing hanya sibuk dengan urusan sendiri hingga budaya sukarelawan semakin merosot dalam masyarakat terutama generasi muda hari ini.

Keadaan ini membimbangkan kerana nilai-nilai positif yang dibawa dalam aktiviti sukarela seperti menjalin kasih sayang, kerjasama, prihatin, semangat patriotisme, nilai-nilai kemanusiaan serta menjana modal insan semakin dipandang sepi.


Usaha membangunkan budaya sukarelawan
Seiring dengan itu, inisiatif yang diambil kerajaan dengan melancarkan program 1Malaysia Youth For You (1M4U) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Julai lepas membuktikan sejauh mana kerajaan serius dalam menyemai dan menyuburkan kembali semangat sukarela terutama dalam kalangan generasi muda.

Sudah tiba masanya kegiatan sukarelawan dinaiktaraf menjadi amalan profesional bagi memastikan nilai-nilai positif yang terdapat di dalamnya dihayati, menurut Pengerusi Majlis Sukarelawan Antara Universiti (MASKUM) Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din.

Ini kerana gerakan sukarelawan di institut pengajian tinggi (IPT), terutama yang melibatkan penuntut dan generasi muda amnya telah mula menunjukkan peningkatan.

Dr Mohamed Fadzil, yang juga Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), berkata ini dibuktikan melalui kajian yang dilakukannya pada tahun 2010 semasa beliau berkhidmat sebagai pengarah Institut Sosial Malaysia.

Kajian ke atas tujuh buah universiti tempatan menunjukkan pemahaman dan penglibatan generasi muda terutama dalam kalangan penuntut meningkat kepada 70 peratus. Pembabitan yang memberangsangkan "Sebelum itu; dua kajian yang dilakukan oleh Kementerian Belia dan Sulcan pada tahun 2000 menunjukkan penglibatan belia dalam kerja sukarela hanya 46 peratus, sementara kajian oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada tahun 2005/2006 pula menunjukkan penglibatan golongan muda dalam kerja sukarela meningkat kepada 54 peratus.

"Saya yakin jika lata turun membuat tinjauan sekarang, akan nampak peningkatannya dalam kalangan generasi muda antara 75 dan 80 peratus," kata Dr Mohamed Fadzil kepada Bernama baru-baru ini.

Dalam kalangan pelajar IPT, kesedaran itu semakin lcetara dengan ia digerakkan oleh pelbagai pihak di universiti .antaranya Majlis Pfcrwakilan Pelajar, Persatuan-persatuan pelajar, kolej-kolej kediaman, bahagian pembangunan pelajar, yayasan sukarelawan siswa dan MAKSUM sendiri.

"Ada dalam kalangan pelajar yang wajib mengambil kurikulum kerja sukarela atau khidmat komuniti seperti pelajar jurusan kejuruteraan, perubatan dan perguruan.

"Selain itu kegiatan ko-kurikulum sukarela yang menjadi prasyarat graduan, selain aktiviti persatuan-persatuan yang menganjurkan kegiatan kesukarelaaan," katanya. Nilai positif dalam sukarelawan

Nilai-nilai positif terutama membina potensi diri menyebabkan banyak organisasi dan badan bukan kerajaan (NGO) menubuhkan pasukan sukarelawannya sendiri antaranya penubuhan Skuad Sukarelawan 1 Malaysia, Kelab Putra 1 Malaysia, sukarelawan alumni Pelatih Khidmat Negara (PLKN), 1M4U dan banyak lagi.

Begitu juga dengan kebanyakan kementerian yang turvrt menubuhkan pasukan sukarelawannya sendiri antaranya Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Belia dan Sulcan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kepuasan yang diperoleh daripada penglibatan kerja sukarela membina nilai-nilai positif serta membuka peluang kepada individu untuk membina keupayaan dan keyakinan diri.

Dr Fadzil berkata kajian yang dilakukan pada tahun 2010 itu juga menunjukkan 70 peratus penuntut bersetuju bahawa penglibatan mereka dalam kerja sukarefa telah meningkatkan keyakinail diri selain meluaskan pengalaman, hubungan sosial serta kenalan. Usaha ikhlas tanpa paksaan atau mengharapkan balasan melalui konsep perkhidmatan dan pengkongsian mampu melahirkan modal insan yang matang melalui pendidikan dan penglibatan dalam masyarakat. 

Jadikan amalan profesional
Mengaitkan kerja sukarela hanya ketika berlaku bencana adalah persepsi yang salah. Namun itu yang berlegar dalam pemikiran kebanyakan masyarakat kerana kurangnya pemahaman tentang tugas dan peranan sebagai sukarela.

Namun melalui latihan, pengkongsian pengalaman dan maklumat secara sistematik akan mengubah salah tanggapan itu.

Dr Fadzil berkata untuk menaiktaraf kerja sukarelawan sebagai amalan profesional memerlukan satu bentuk latihan profesional kerana ia memerlukan kecekapan untuk mengendalikannya. 

"la harus ada kurikulum latihan, proses pembelajaran yang sistemetik, metodologi pelaksanaan serta ada sistem pengiktirafan seperti pemberian sijil.

Persoalannya, siapa yang harus memainkan peranan itu? Beliau berkata perlu ada penyelarasan antara semua pihak dan kementerian untuk melaksanakan sistem latihan yang terbaik.

Di peringkat universiti perlu ada kurikulum latihan yang boleh memberi pengiktirafan kepada pelajaryang terlibat dalam aktiviti sukarelawan.

"Semua universiti boleh melihat dan menerima gerak kerja sukarelawan sebagai gantian kredit pembelajaran di luar kuliah. Ini kerana pengalaman 20 jam bersama komuniti luar bajidar jauh' lebih bermakna dan berkesan berbanding 20 jam di bilik kuliah," katanya?

Selain itu perlu ada sistem pendaftaran dan pangkalan data bagi individu yang terlibat dalam, kerja sukarelawan untuk mengenal pasti aktiviti yang telah disertai serta kemahiran yang dimiliki mereka. Peranan Majlis Belia Malaysia (MBM)

Mengakui perlunya melahirkan pekerja sosial sukarela yang profesional, Majlis Belia Malaysia (MBM) juga mengorak langkah ke arah itu dengan menyedialcan kursus jangka pendek untuk golongan belia.

Presidennya Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata terdapat keperluan terhadap sukarelawan sama ada dalam atau luar negara terutama dengan adanya 1M4U.

Dari masa ke masa perlu melatih sukarelawan kerana mereka datang dan pergi. Ada dalam kalangan sukarelawan yang baru, ada juga yang telah terlibat lama, jadi kita akan mengadakan kursus secara menyeluruh mengikut zon iaitu zon utara, tengah, selatan dan timur.

"Kursus tiga hari dua malam itu akan bermula pada 28 September dan dijangka selesai pada 18 Nov di semua zon yang terlibat," katanya. 

Pengisian kursus
Selain pembentangan kertas kerja, pengisian kursus tertumpu kepada perkongsian pengalaman tokoh-tokoh sukarelawan yang bergiat aktif dalam kerja sukarela sama ada dalam atau luar negara.

MBM sendiri telah melahirkan ramai tokoh sukarelawan yang aktif dan mereka akan turut berkongsi pengalaman yang pernah dilalui.

Selain itu, perbincangan tertumpu kepada senario masa hadapan khasnya hala tuju yang ingin dicapai dalam kerja sukarela serta memberi input melalui hasil penulisan pengiat-pengiat sukarelawan yang terdapat dalam negara.

"Apa yang penting, kita tidak mahu berlaku pertindihan. MBM hanya akan fokus kepada bidang yang tidak dicapai pihak lain dan MBM cuba memberi tumpuan ke arah itu.

"Kebanyakan NGO yang terlibat dalam aktiviti sukarela hanya tertumpu di peringkat persekutuan, jadi MBM akan cuba turun padang untukbergerak di peringkat daerah dan negeri," katanya. - Bernama 6Pengalaman 20 jam bersama komuniti luar bandar jauh lebih bermakna dan berkesan berbanding 20 jam di bilik kuliah?

- Dr Fadzil

Sumber: Daily Express, M/S: 9
Tarikh: Jumaat, 5 Oktober 2012

No comments:

Post a Comment