Thursday, 18 October 2012

Masyarakat berilmu pemacu kejayaan negara


Modal insan berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi menjadi faktor mendorong kemajuan organisasi antarabangsa di negara maju. Negara kita tidak mahu ketinggalan menjamin peningkatan jumlah rakyat berpendidikan dan berkemahiran tinggi menerusi penekanan terhadap pembelajaran sepanjang hayat (PSH).

Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab Rahim Md Noor, menjelaskan misi menjadikan PSH sebagai satu daripada tonggak utama dalam pembangunan modal insan negara seperti disampaikan kepada wartawan Varsiti, ROSNIZA MOHD TAHA.


S: Bagaimanakah budaya Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dapat menyokong usaha menghasilkan modal insan berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi?

J: Menerusi Pelan Induk Pembudayaan PSH Peringkat Nasional, kerajaan berhasrat menjadikan PSH sebagai tonggak ketiga dalam agenda pembangunan modal insan negara selepas tonggak pertama iaitu sistem persekolahan dan tonggak kedua iaitu sistem pengajian tertiari.

Dengan itu, pembelajaran tidak terbatas hanya di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) saja. Sebaliknya, bagi yang berminat, mereka boleh menjalani latihan melalui pelbagai bentuk kemahiran yang terdapat di agensi kerajaan dan swasta.

Pendedahan, latihan dan ilmu, khususnya yang berasaskan ekonomi dan perniagaan pula akan dapat menyuntik kekuatan kepada rakyat untuk berdikari dan mungkin juga boleh mengubah hala tuju kerjaya mereka menjadi usahawan. 

S: Apakah perkembangan semasa sambutan terhadap program PSH setakat ini? 

J: Kemasukan pelajar bagi program PSH di IPT awam (IPTA), Politeknik, Kolej Komuniti dan swasta (IPTS) dalam pelbagai peringkat pengajian semakin meningkat dan kini terdapat lebih IPT swasta 270,000 pelajar mengikuti program PSH.

Bagi yang kurang berminat memiliki kelulusan akademik lebih tinggi, tetapi mahu menceburi bidang teknikal atau kemahiran pula berpeluang mengikuti program PSH di Kolej Komuniti dan Politeknik yang menawarkan kursus pendek.

Selain itu, mereka boleh meningkatkan ilmu dan kemahiran bagi pembangunan diri dengan mengikuti kelas kemahiran di institusi latihan kerajaan. Semua peluang ini tersedia dan lengkap pula dengan bantuan kerajaan, menjadikan kita satu daripada negara yang menyediakan insentif ini bagi menggalakkan lebih ramai ahli masyarakat mengikuti PSH.

Secara umumnya, program PSH terbahagi kepada empat kluster. Kluster pertama ialah program pengajian separa masa peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah lanjutan termasuk e-learning yang lazimnya ditawarkan di IPT termasuk Universiti Terbuka Malaysia. Bagi kluster kedua, program pengajian PSH berbentuk teknikal dan kemahiran tidak lebih enam bulan tempohnya, contohnya Sijil Modular Kebangsaan yang ditawarkan Kolej Komuniti. Kluster ketiga ialah program PSH yang berbentuk kursus pendek serta memenuhi minat orang awam bagi program pengajian peningkatan ilmu dan kemahiran untuk pembangunan diri termasuk kelas jahitan dan memasak sementara kluster keempat ialah program pengajian bagi pelajar dewasa atau matang sepenuh masa peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah lanjutan. PSH sememangnya menjadi budaya di negara maju, usaha meningkatkan kesedaran yang sama di negara ini tidak mudah dan memerlukan sedikit masa lagi. Contohnya, di Korea Selatan, pembabitan syarikat telekomunikasi termasuk media televisyen, radio, talian internet, telefon dan universiti yang bekerjasama bagi memastikan pendidikan jarak jauh dapat dimanfaat oleh semua lapisan tanpa ada sempadan. Budaya ingin belajar dalam kalangan rakyat Republik Korea Selatan sangat tinggi yang mereka sendiri akan terus mendapatkan maklumat berkaitan program PSH dengan melayari internet. Rakyat Republik Korea Selatan celik IT, pembudayaan untuk terus belajar menjadi satu t keperluan dalam meningkatkan taraf kehidupan masing-masing. 

S: Bagaimanakah PSH dapat membantu meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan? 

J: Setiap tahun, dianggarkan 200,000 pelajar daripada lebih 900,000 pelajar pelbagai peringkat pengajian dan bidang daripada IPTA dan IPTS seluruh negara akan menamatkan pengajian mereka. Bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan, program PSH akan terus diperluas. Perkembangan ini mengukuhkan iltizam Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menjadikan kebolehpasaran graduan sebagai agenda nasional yang wajar ditangani secara strategik bersama dengan agensi awam dan swasta.

PSH membuka peluang bagi graduan IPT meningkatkan potensi dan daya saing melalui penawaran pelbagai kursus pendek oleh agensi awam dan swasta. Di samping itu, PSH juga boleh menjadi wadah untuk 'upskilling' dan 'reskilling'. Kursus peningkatan kompetensi bahasa Inggeris juga diperkenalkan oleh Kolej Komuniti bagi pelajar yang baru ditawarkan masuk ke IPTA dan IPTS. Ini antara usaha KPT untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan kelak. 

S: Apakah perkembangan terkini pelaksanaan program PSH?

J: Pada tahun ini, kerajaan melalui 15 kementerian dan lebih 75 agensi menyediakan lebih 2,600 kursus di bawah program PSH. Penawaran kursus ini mengambil kira banyak perkara supaya rakyat boleh memilih kursus sesuai dengan minat, kebolehan, perancangan dan cita-cita mereka. Untuk memudahkan rujukan dan mendapat maklumat, Pelan Induk Pembudayaan PSH Peringkat Nasional 2011-2020 dan Direktori PSH Peringkat Nasional 2012/2013 sudah dilancarkan. Maklumat mengenai program PSH boleh dicapai secara dalam talian menerusi portal KPT.

Ini pendekatan Strategi Samudera Biru yang membolehkan semua jabatan dan agensi yang menawarkan kursus dan latihan kemahiran PSH akan menggunakan jenama sama iaitu My3L. KPT turut melancarkan logo My3L sebagai lambang pembelajaran yang berterusan bagi sepanjang usia manusia.

Sumber: Berita Harian, M/S: 14
Tarikh: Khamis, 11 Oktober 2012


39 comments:

  1. jianbin0924
    the north face jacketshttp://www.thenorthfaces.org.uk
    north face outlet online, http://www.thenorthfaceoutletstores.org/
    chicago blackhawks, http://www.chicagoblackhawksjersey.us/
    chicago bears, http://www.chicagobearsjerseys.us/
    green bay packers, http://www.greenbaypackersjersey.us/
    new orleans saints, http://www.neworleanssaintsjerseys.us/
    oakland raiders, http://www.oaklandraidersjerseys.us/
    philadelphia eagles, http://www.philadelphiaeaglesjersey.us/
    san francisco 49ers, http://www.sanfrancisco49ersjerseys.us/
    atlanta falcons, http://www.atlantafalconsjersey.us/
    dallas cowboys, http://www.dallascowboysjersey.us/
    indianapolis colts, http://www.indianapoliscoltsjersey.us/
    kansas city chiefs, http://www.kansascitychiefs.us/
    miami dolphins, http://www.miamidolphinsjersey.com/
    minnesota vikings, http://www.minnesotavikingsjersey.us/
    new england patriots, http://www.newenglandpatriotsjerseys.us/
    new york giants, http://www.newyorkgiants.us/
    new york jets, http://www.newyorkjetsjersey.us/
    pittsburgh steelers, http://www.pittsburghsteelersjersey.com/
    seattle seahawks, http://www.seattleseahawksjersey.us/
    washington redskins, http://www.washingtonredskinsjersey.com/
    arizona cardinals, http://www.arizonacardinalsjersey.us/
    baltimore ravens, http://www.baltimoreravensjerseys.us/
    denver broncos, http://www.denverbroncos.org/
    chicago bulls, http://www.chicagobullsjerseys.net/

    ReplyDelete
  2. Sàn gỗ tự nghiên - Sàn gỗ công nghiệp giá rẻ nhất, nhiều ưu đãi cho các dự án thương mại

    ReplyDelete
  3. I enjoyed over read your blog post. Your blog have nice information, I got good ideas from this amazing blog. I am always searching like this type blog post.
    wings io | sesxebi | y8 | gunblood | Happy Wheels

    ReplyDelete
  4. Luke Maguire was creat new product InstaEasy review - have Your Instagram liking,Instaeasy Review comment and engage automaticllyInstaeasy Review
    instaeasy reviewwas created by Luke Maguire , it's the worlds leading instagram auto engagement tool
    new software 'll be launched on 2016-Oct-20,having your Instagram account engaging with audience 24 hours a dayinstaeasy reviewengagement and liking
    social networkinginstaeasy bonusinstaeasy review
    instaeasySee more
    make moneyInstaeasy reviewinstaeasy review
    get trafficinstaeasy review|instaeasy
    impressive numberInstaeasy review
    automaticlly toolsinstaeasy reviewclick hereLuke MaguireInstaeasyWordpressinstaeasy review
    Money Back Guarantee

    ReplyDelete
  5. install this application on your smartphone. Kodi App open it on your iOS tool.After that, Kind this text Kodi iOS App.

    ReplyDelete