Thursday, 18 October 2012

Memartabatkan ilmu-ilmu tradisi


PERSIDANGAN antarabangsa bertajuk 'Kepimpinan Universiti Untuk Mengintegrasikan Kepelbagaian Ilmu Ke Arah Kemampanan' anjuran Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) di Alor Setar, Kedah baru-baru ini memberi signifikan besar terhadap usaha mengorientasikan semula kurikulum universiti ke arah ilmu pengetahuan asli dan mampan.

Sarjana dan ahli akademik dari 20 negara yang membentangkan kertas kerja pada persidangan itu berjaya membahaskan tentang peri pentingnya ilmu-ilmu tradisi dan hikmah-hikmah tempatan dalam sesuatu komuniti itu untuk dimartabatkan sebagai satu ilmu yang setaraf dengan ilmu-ilmu di dunia Barat.

Bagi Naib Canselor AiU, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, kurikulum sesebuah universiti sepatutnya perlu mengurangkan pergantungan kepada kurikulum Barat kerana sesuatu struktur ilmu itu menjadi tidak sempurna tanpa ilmu tradisi yang berkait rapat dengan budaya komuniti setempat.

"Kita tidak mahu diistilahkan dengan satu pendapat, disogok dengan hanya satu sudut pandangan tanpa mengambil kira apa yang ada di dunia Islam atau budaya Timur," katanya yang membentangkan kertas kerja bertajuk 'Penggabungan Ilmu Tempatan dan Kemampanan Prinsip-Prinsip dalam Kurikulum Universiti Seluruh Dunia.'


Lebih-lebih lagi adalah menjadi suatu penerimaan sejagat bahawa sains sosial Barat telah gagal untuk berdepan dengan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Barat sendiri, maka persidangan itu menggesa agar institusi pengajian tinggi mengurangkan pergantungan kepada pengetahuan Barat secara berangur-ansur.

Sebahagian sarjana mahu sistem pengetahuan Barat dalam kurikulum universiti akhirnya digantikan dengan ilmu asli dan tradisi tempatan yang terdapat dalam komuniti manakala sebahagian sarjana pula mahu ilmu barat dan timu (asli dan tradisi) digabungkan secara seimtang.

Sebanyak 20 sarjana tari universiti di Alaska hingga ke New Ztaland membentangkan kertas kerja seliin enam kertas kerja disampaikan oleh lara pelajar AiU pada persidangan berkeruan yang dihadiri golongan akademik univeisiti antarabangsa serta para pelajar termasik penuntut AiU yang berasal dari 50 negan.

Setiausaha Agung ASIAN, Dr. Surin Pitsuwan ketika merasmuan persidangan itu melontarkan idea cukuj menarik apabila mengingatkan bahawa kepelbagaian ilmu dalam komuniti yang berlatarbelakang berbeza dari seluruh dunia imat diperlukan kerana umat sejagat tiada plihan melainkan memanfaatkan ilmu tracisi masing-masing.

"Ini membuktikan kebenaran al-Quran dan keesaan Allah sebagai Maha Pencipta. Dia yang menciptakan maiusia dalam keadaan berlainan keturunan untuk saling litaarrafu (berkenalan)," katuiya yang dibesarkan dalam suasana pengajian madrasah dan pondok di selatan Thailand serta hidup dalam budaya Melayu dan kemudian menamatkan pengajian di Universiti Harvard.

Sambil menggelarkan dirinya 'budak pondok' dan 'madrasah boy', Surin kemudian membacakan dengan lunak Surah al-Hujurat, ayat 13 yangbermaksud: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu. .Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya."

Surin berpendapat, ilmu-ilmu di dunia Barat walaupun tidak sempurna tetapi masih terdapat kebaikan dan masalahnya ia diburukkan lagi dengan sifat tidak jujur, tamak dan sifat-sifat tercela lain yang ada pada segelintir manusia di mana-mana sahaja.

Maka, katanya, menjadi tugas kepimpinan universiti memastikan graduan mempunyai pegangan jati diri yang kuat terutama terhadap ilmu tradisi tempatan dan asli.

"Barat sering dikaitkan dengan dominasi, kolonisasi dan sebagainya maka adalah menjadi tugas para pelajar untuk membetulkan perkara ini," jelasnya.

Bekas pendidik Universiti Harvard, Prof. Munir Fasheh dari Palestin ketika membentangkan kertas keija bertajuk, 'Dialog saya: Tanpa kata-kata dengan dunia buta huruf, berkongsi pengalaman 36 tahun dalam dunia pendidikan termasuk berkaitan dengan isu Palestin dan kajiarinya bersama 16 pemuda di Kem Pelarian Dheisheh.

"Palestin khasnya memberitahu dan mendedahkan apa yang berlaku kepada dunia iaitu kekayaan dan keindahan yang menjadi akar umbi dunia moden sama ada kehidupan, manusia, komuniti dan alam sekitar telah disembunyikan dalam ideologi moden," katanya.

Sarjana Amerika Syarikat (AS), James Hoopes pula berkata, orientasi agama telah hilang dalam sistem nilai Barat selepas era Revolusi Sains yang melahirkan manusia kononnya hanya perlu bergantung kepada akal semata-mata untuk membuat pertimbangan sebagaimana dianjurkan saijana zaman itu, Descartes dan Locke.

"Dalam budaya bukan Barat, karakter dan nilai-nilai murni lebih kuat dipertahankan, jadi universiti bukan Barat seharusnya mengambil kelebihan ini untuk me
SETIAUSAHA Agung ASEAN Dr.Surin Pitsuwan (empat dari kanan) berbual bersama pelajar dari pelbagai negara ketika hadii merasmikan Persidangan Antarabangsa yang bertajuk 'Keplmplnan Universiti Untuk Mengintegasikan Kepelbagaian llmu Ke Arab Kemampanan' dl Albukhary International University (Ail) dl Alor Setar. baru-baru ini.

nyediakan pengajaran yang lebih mampan dengan nilai-nilai itu," katanya yang membentangkan kertas kerja bertajuk 'Memimpin Kemampanan: Kelebihan Etika di Universiti-Universiti Bukan Barat.'

Selain itu, saijana AS, Sean Asiqluq Topkok turut mefnbentangkan tajuk 'Jaringan llmu Asli Alaska' manakala Hassan Kaya dari Afrika Selatan membentangkan tajuk 'Mengintegrasikan llmu Asli Afrika Dalam Sistem Pendidikan Tinggi Afrika'; Sato Tetsu (Jepun), 'llmu Alam Sekitar Bersepadu dalam Komuniti Tempatan dan Pentadbiran'; Darshan Shanker (India), 'Menemui Semula Relevan llmu Tradisi, Agenda Belum Selesai Modenisasi'; Anne Nangulu (Kenya), 'Ilmu Asli Afiika Dalam Industri Tradisi Bukusu' dan Tania Haerekitera Wolfgramm (New Zealand), 'Kebangkitan Sistem Penilaian Hakamana'.

Antara kertas kerja lain, Teknologi Tradisional Menuai di Khettaras Maghribi oleh Simon Hall dari United Kingdom; Hikmah Tradisi dan Universiti Moden (Zane Marhea,  Australia); Transformasi Nuuyum, Kepimpinan Asli (Jacquie Green, Kanada); llmu Tempatan dan Globalisasi (Yos Santasombat, Thailand) dan Hutan Tropika dan llmu Tempatan (Hood Salleh, Malaysia).

Persidangan itu disokong oleh Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) Kementerian Pengajian Tinggi yang diketuai Pengarahnya, Prof. Datuk Roziah Omar dengan kerjasama Multivarsity Project Citizans International yang dipengerusikan, S. M. Mohamed Idris dari Pulau Pinang.

Pada akhir persidangan, para peserta mendrafkan resolusi iaitu pertama, menggesa kepimpinan universiti tempatan meningkatkan interaksi secara langsung dengan sistem pengetahuan tempatan atau asli dan kedua, memajukan ilmu setempat sebagai tanggungjawab universiti.

"Kita akan teijemahkan hasil persidangan ini kepada kurikulum yang dijadikan sebahagian daripada pengajian AiU dan universiti lain yang berminat untuk menaik taraf ilmu tradisi ini.

"Ini bukannya sekadar kajian akademik tetapi juga ia akan menjadi sistem ilmu pengetahuan sejagat yang diarusperdanakan," kata Dzulltifli.

Beliau berkata, penerapan ilmu asli tradisi itu juga perlu melibatkan pelbagai bidang sebagai contohnya sistem pengairan dan pemuliharaan air asli, logik sistem perubatan asli, seni bina ekologi, pertanian organik, kalendar tradisional, keusahawanan tempatan, amalan perikanan tradisional yang mampan dan sebagainya.

Apapun, adalah disepakati bahawa peranan universiti untuk mengetengahkan sistem ilmu pengetahuan tradisi amat penting bagi mengisi ruang kosong atau kelompongan dalam ilmu moden sedia ada sebagai usaha ke arah mewujudkan komuniti sejagat yang lebih seimbang, harmoni dan secocok dengan budaya serta keperluan setempat.

Sumber: Utusan Malaysia, M/S: 11
Tarikh: Jumaat, 12 Oktober 2012

14 comments:

  1. Sàn gỗ tự nghiên - Sàn gỗ công nghiệp giá rẻ nhất, nhiều ưu đãi cho các dự án thương mại

    ReplyDelete
  2. Cinema Box app is one of the immense applications for watching any of your favorite movies and shows for cost free.Cinema Box Apk Download can also be installed on other tech gadgets like Windows Computers, iOS (iPhone/iPad) with the help of these guides Stream Cinema Box To Chromecast

    ReplyDelete