Thursday, 18 October 2012

Pelajar PSH meningkat


Lebih 110,000 pelajar mengikuti program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di institusi pengajian tinggi awam dan swasta seluruh negara ketika ini.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Omar Abd Rahman, berkata mereka mengikuti program PSH secara separa masa, program teknikal dan kemahiran berasaskan minat dan bakat, program pengajian peningkatan ilmu dan kemahiran serta program latihan dalam perkhidmatan bagi kakitangan awam dan swasta.

"Saya berbangga jumlah pelajar PSH di IPT dalam pelbagai peringkat pengajian semakin meningkat. Bagi yang tidak berminat memiliki kelulusan akademik lebih tinggi, mereka menceburi bidang teknikal atau kemahiran yang ditawarkan menerusi kolej komuniti yang menawarkan kursus pendek selain kelas kemahiran di institusi latihan kerajaan.


"Semua peluang ini tersedia dan lengkap pula dengan subsidi kerajaan. Direktori PSH Peringkat Nasional 2012/2013 telah dibangunkan dan boleh diakses menerusi laman web Kementerian Pengajian Tinggi dan Kolej Komuniti," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional (My3L) di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur, barubaru ini. Capai matlamat Karnival My3L bertema 'Pembelajaran Menyinari Kehidupan' mencapai objektif penganjurannya apabila berjaya menarik kira-kira 50,000 pengunjung pelbagai peringkat umur untuk mendapat pendedahan pelbagai peluang meningkatkan ilmu dan kemahiran menerusi lebih 100 gerai pameran disediakan. Antara gerai pameran menarik perhatian pengunjung ialah Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) yang menjual pelbagai jenis coklat menarik dihasilkan bekas peserta kursus pendek kelas membuat coklat dan kek kini menjadi tenaga pengajar separuh masa di institusi itu.

Mazliana Mohein, 34, berkata berbekalkan pengetahuan asas membuat kek dan coklat dipelajari di KKKL, beliau mendapat keyakinan untuk terus membangunkan kemahiran bidang kulinari itu menerusi pelbagai kursus anjuran institusi latihan serta rujukan menerusi bahan bercetak.

"Dulu saya bertugas sebagai kerani dengan gaji RM400 saja sebulan, tetapi kini sudah berhenti dan mengusahakan perniagaan kedai kek dan coklat sendiri di bawah jenama Briliant Chocolate di Banting yang mampu meraih pendapatan hingga RM30.000 sebulan," katanya. Kursus ditawarkan Sementara itu, pelajar Kolej Komuniti Shah Alam, NorAtirah Aripin, 20, berkata beliau bersama-sama rakan mengunjungi pameran itu bagi mencuba pelbagai bidang kemahiran disediakan.

"Kami mengikuti program hiasan dalaman. menerusi karnival ini, kami berpeluang mencuba pelbagai bidang kemahiran ditawarkan kolej komuniti lain termasuk dandanan rambut, solekan dan membuat kek. Jika bersesuaian dengan minat dan bakat, mungkin kami akan memohon untuk mengikuti kursus pendek bidang kemahiran berkenaan," katanya.

Sementara itu, kakitangan kerajaan, Syahrizul Amin Ahmad, 30; berkata beliau mengunjungi karnival itu untuk mencari peluang meneroka bidang kemahiran yang boleh menjadi sumber pendapatan tambahan.

"Saya ingin memanfaatkan masa lapang selesai waktu pejabat untuk menjana pendapatan tambahan. Menerusi karnival ini, banyak peluang pembangunan kemahiran didedahkan dan menarik untuk dicuba," katanya.

Sumber: Berita Harian, M/S: 4
Tarikh: Khamis, 4 Oktober 2012

13 comments:

  1. Sàn gỗ tự nghiên - Sàn gỗ công nghiệp giá rẻ nhất, nhiều ưu đãi cho các dự án thương mại

    ReplyDelete
  2. I enjoyed over read your blog post. Your blog have nice information, I got good ideas from this amazing blog. I am always searching like this type blog post.
    wingsio | sesxebi | y8 | gunblood | Happy Wheels

    ReplyDelete
  3. mua laptop tại Phúc Anh Việt Nam , laptop chơi game dell đẳng cấp nhất thế giới đã chính thức xuất hiện và hỗ trợ laptop trả góp với lãi suất 0%

    ReplyDelete
  4. Education is the key to every kind of success, and therefore seeing that students in doctorate of philosophy are increasing it clearly shows that people have indeed put much more effort in studying. Thank you for sharing about PhD student increase, references review assistance its a privilege to be one of the people who saw this.

    ReplyDelete