Thursday, 18 October 2012

Pengajian tinggi Kerjasama serantau penting


KUALA LUMPUR 10 Okt. - Malaysia memandang serius kepentingan kerjasama dan keharmonian serantau dalam pengajian tinggi bagi bersama-sama menghadapi cabaran globalisasi masa kini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, bagaimanapun, usaha mewujudkan keharmonian itu tidak hanya tertumpu kepada satu standard atau dilaksanakan secara tergesa-gesa.

Sebaliknya tegas beliau, ia perlu diberi tumpuan kepada pengupayaan (saling boleh beroperasi) pelbagai sistem pengajian tinggi serantau secara berkesan.

"Sebagai contoh, bagi program mobiliti, bagaimana kita hendak menentukan mobiliti pemindahan kredit di peringkat ijazah universiti tempatan sama dengan universiti luar negara.


"Kita juga perlu melihat adakah sistem kelayakan yang digunakan di negara ini diiktiraf oleh universiti luar negara dan sama ada graduan-graduan kita boleh bekerja dengan mudah di rantau ASEAN. Oleh itu, kerjasama dan keharmonian serantau penting dalam memastikan setiap negara ASEAN+3 boleh beroperasi antara satu sama lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Forum ASEAN+3 Jaminan Kualiti dalam Pengajian Tinggi di sini hari ini.

Forum yang berlang

sung selama dua hari itu dihadiri oleh wakil-wakil agensi jaminan kualiti (MQA), institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) dan Kementerian Pengajian Tinggi dari negara Asia Tenggaia, China dan Jepun.

Turut menyertai forum tersebut adalah New Zealand, Namibia, Yemen, Azerbaijan, Papua New Guinea dan Perkhidmatan Pertukaran Pendidikan Jerman (DAAD).

Tambah Khaled, peluang yang ada kini bukan hanya untuk menjayakan cabaran mengharmonikan kerjasama serantau tetapi turut mempromosikan rantau masing-masing.

Katanya, sektor pengajian tinggi mempunyai cabaran dan dinamik tersendiri yang sentiasa berubah serta perlu bergerak bersama-sama untuk berhadapan dengan isu tersebut.

Dalam ucapannya, Khaled berkata, forum itu merupakan satu platform yang baik untuk Malaysia berkongsi kepakaran mengenai sistem jaminan kualiti yang diamalkan sekali gus memperkukuhkan keyakinan rakan-rakan di rantau Asia Timur terhadap kualiti pengajian tinggi negara.

Katanya, dalam jangka masa panjang, usaha itu akan meningkatkan imej pengajian tinggi negara di mata dunia.

"Ia juga akan memberi manfaat kepada usaha-usaha pengukuhan pengajian tinggi yang mesti dilakukan dengan kerjasama di peringkat serantau serta antarabangsa," jelas beliau.

Sumber: Utusan Malaysia, M/S: 13
Tarikh: Khamis, 11 Oktober 2012

16 comments:

  1. Sàn gỗ tự nghiên - Sàn gỗ công nghiệp giá rẻ nhất, nhiều ưu đãi cho các dự án thương mại

    ReplyDelete
  2. mua laptop tại Phúc Anh Computer giá tốt, công đồng Phúc Anh Việt Nam , laptop chơi game dell đẳng cấp nhất thế giới đã chính thức xuất hiện và hỗ trợ laptop trả góp với lãi suất 0%

    ReplyDelete
  3. شركة تنظيف مساجد بنجران شركة تنظيف مساجد بنجران
    شركة كشف تسربات المياه بنجران شركة كشف تسربات المياه بنجران
    شركة تخزين اثاث بنجران شركة تخزين عفش بنجران
    شركة عزل خزانات بنجران شركة عزل خزانات بنجران
    شركة صيانة مسابح بنجران شركة صيانة مسابح بنجران
    شركة جلي بلاط بنجران شركة جلي بلاط بنجران
    شركة نقل عفش بنجران شركة نقل عفش بنجران
    شركة تنظيف موكيت بنجران شركة تنظيف موكيت بنجران
    شركة تنظيف مسابح بنجران شركة تنظيف مسابح بنجران

    ReplyDelete
  4. Chia sẻ với bạn một số cách kích thích ham muốn ở nam giới và một số biện pháp tăng cường sinh lý nam . Ngoài ra bạn cũng có thể tìm hiểu thêm một số bài thuốc bổ thận tráng dương

    ReplyDelete