Thursday, 18 October 2012

Pertandingan My Inovasi dapat sambutan


Bukit Mertajam: Penganjuran julung kali Pertandingan My Inovasi Kementerian Pengajian Tinggi peringkat Zon Utara mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Sebanyak 61 kumpulan dari pelbagai IPT di Zon Utara mengambil bahagian dalam pertandingan itu dengan menampilkan pelbagai idea penciptaan dan inovasi bertemakan 'Inovasi Berbudi, Masyarakat Lestari'.

Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Ghous Ab Kadir, berkata pembudayaan inovasi dan kreativiti masyarakat Malaysia masih di peringkat awal dan belum dihayati secara menyeluruh. 

Membudayakan inovasi 
Justeru, katanya, kerajaan sedang giat merangka dan melaksanakan program membudayakan inovasi bagi memastikan kelangsungan daya saing negara dalam ekonomi global serta merealisasikan wawasan negara mencapai misi Wawasan 2020.


"Kita sedia maklum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan tahun ini sebagai tahun Gerakan Inovasi Nasional dalam pembentangan Bajet 2012. 

"Antara inisiatif strategik yang bakal dilaksanakan adalah program penerapan dan pembangunan inovasi pada peringkat sekolah dan IPT," katanya pada majlis penutupan pertandingan My Inovasi di Politeknik Seberang Prai, di sini.

Mengenai pertandingan My Inovasi, Ghous berkata, ia satu daripada inisiatif kementerian bagi menyahut seruan Perdana Menteri sebagai usahamenerapkan budaya inovasi dalam kalangan pelajar IPT.

Jana kreativiti 
Katanya, pertandingan itu turut diadakan di pelbagai peringkat di seluruh dunia bagi menjana inovasi dan kreativiti generasi akan datang.

"Usaha seperti ini diharap menjadi pemacu inovasi negara, sekali gus membantu melonjakkan ekonomi negara ke arah negara maju dan pembangunan yang mampan. 

"Penyelidikan dan inovasi bukanlah sekadar dalam makmal, reka cipta saintis dan pengeluaran barangan canggih, sebaliknya tumpuan penyelidikan dan inovasi menjadi pola besar dalam sistem ekonomi, sosial dan pendidikan," katanya Juri pertandingan My Inovasi Zon Utara kali ini memilih 18 kumpulan daripada kategori tahap satu i&itu kumpulan pengajian diploma dan sijil dan tiga kumpulan kategon tahap dua iaitu kumpulan pengajian ijazah.

Setiap kumpulan menerima geran penyelidikan bernilai RM5,000 untuk persediaan mewakili zon Utara ke pertandingan peringkat kebangsaan yang bakal diadakan pada bulan depan.

Sumber: Berita Harian, M/S: 5
Tarikh: Khamis, 5 Oktober 2012

19 comments:

  1. Sàn gỗ tự nghiên - Sàn gỗ công nghiệp giá rẻ nhất, nhiều ưu đãi cho các dự án thương mại

    ReplyDelete
  2. I enjoyed over read your blog post. Your blog have nice information, I got good ideas from this amazing blog. I am always searching like this type blog post.
    wings io | sesxebi | y8 | gunblood | Happy Wheels

    ReplyDelete
  3. A very good opportunity for Pakistani youngster to join Pak army after graduation

    ReplyDelete
  4. Bạn đã từng bị các cơn đau khớp hành hạ chưa ? chúng được xem là các căn bệnh quái ác ảnh hưởng lớn đến chất lượng sống của người bệnh. Hãy tham khảo các kiến thức sau đây sẽ giúp bạn hạn chế được tình trạng đau nhức : tri benh gout, mỏi vai gáy, Thoát vị đĩa đệm cổ, Nguyên nhân thoát vị đĩa đệm, Trị thoái hóa khớp gối, Điều trị thoái hóa khớp háng,... Hãy nâng cao kiến thức tự bảo vệ sức khỏe bản thân ngay từ bây giờ, sẽ giúp bạn giảm nguy cơ mắc các bệnh về xương khớp.

    ReplyDelete