Monday, 22 October 2012

Politeknik patut ada pusat 1M4U


PASIR GUDANG - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mencadangkan semua politeknik di negara ini menubuhkan IMalaysia For Youth (1M4U) Outreach Centre di kampus masing-masing.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata, penubuhan 1M4U Outreach Centre itu bertepatan dengan dasar kerajaan menggalakkan penglibatan pelajar dalam program kesukarelawan.

"Sehubungan itu, kita berharap kesemua 30 politekrrik yang mempunyai lebih 90,000 penuntut di negara ini dapat menubuhkan 1M4U Outreach Centre di kampus masing-masing.

"Selain itu, kita juga mahu ia diperluaskan ke institusi pengajian tinggi lain di seluruh negara," katanya selepas Majlis Karnival Belia di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang di sini semalam.


Mohamed Khaled berkata, KPT akan mempertimbangkan sama ada mereka yang menyertai 1M4U patut diberi kredit tambahan bagi menarik penyertaan lebih ramai pelajar dalam program itu.

Program 1M4U dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Julai lalu dengan empat inisiattf penting iaitu penubuhan Lembaga Amanah 1M4U, Dana Sukarelawan 1Malaysia dengan peruntukan RMlOOjuta, mengisytiharkan 2013 sebagai Tahun Sukarelawan serta mewujudkan Stesen Radio 1M4U.

Sumber: Kosmo Ahad, M/S: 10
Tarikh: Ahad, 21 Oktober 2012


17 comments:

  1. Iya saya dukung gerakan ini :-)

    Semangaat pak

    Hadiahkan

    ReplyDelete
  2. Lắp đặt ngay camera quan sat giá tốt nhất thị trường tại camera quan sat

    ReplyDelete
  3. I enjoyed over read your blog post. Your blog have nice information, I got good ideas from this amazing blog. I am always searching like this type blog post.
    wings io | sesxebi | y8 | gunblood | Happy Wheels

    ReplyDelete