Monday, 29 October 2012

RaPat 2012 serlah kehebatan pemuisi UTHM


PEMUISI Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) muncul sebagai pemenang tempat kedua dan ketiga setelah beijaya mara ke peringkat akhir Pertandingan Deklamasi Puisi sempena Program Rakan Patriotik (RaPat) 2012 yang telah berlangsung di Kolej Komuniti Rompin, Pahang baru-baru ini.

Program RaPat 2012 dijalankan secara kerjasama di antara Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan jabatan serta agensi Daerah Rompin.

Program ini bertujuan untuk memupuk semangat cintakan negara dan memberi ruang yang lebih luas kepada pelajar agar terus menghargai pengorbanan para patriot dalam mempertahankan tanah air dimana ianya juga dijadikan medan menyemai sikap patriotik ke dalam jatidiri anak muda Malaysia.

Turut memeriahkan Pertandingan Akhir Deklamasi Puisi yang telah dihadiri kira-kira 1000 orang penonton adalah persembahan daripada artis jemputan seperti Sabri Yunus dan Karot Komedia.


Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Ab. Rahim bin Md. Noor.

Deklamator UTHM diwakili oleh Awang Nurjihan Awang Ali yang memenangi tempat kedua dan Muhammad Firdaus Zaid mendapat tempat ketiga dalam pertandingan akhir tersebut.

Juara pertandingan deklamasi puisi membawa pulang hadiah berupa pakej penginapan 2H1M di Serai Beach & Golf Resort, pakej fotografi bernilai RM590.00 oleh Picture House Studio beserta plak dan sijil penyertaan.

Pertandingan deklamasi puisi yang bertemakan Patriotik telah menuntut setiap peserta membuat persediaan rapi melalui latihan dan penghayatan terhadap kemerdekaan tanah air.

Sumber: Utusan Malaysia, Page:: 21
Tarikh: Isnin, 29 Oktober 2012


270 comments: