Thursday, 18 October 2012

Siswa sertai kem pelihara alam sekitar


Ledang: Seramai 100 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta kolej kemahiran menyertai Kem Pemimpin Muda Prihatin Air Kementerian Pengajian Tinggi, yang diadakan di Taman Hutan Legenda, dekat sini.

Program tiga hari itu diadakan dengan kerjasama United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization - International Hydrological Programme (UNES- CO-IHP).

Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab Rahim Md Noor, berkata program itu bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar menerusi latihan praktikal dan ceramah mengenai kepentingan alam sekitar terutama aspek penjagaan sumber air. Latih pemimpin muda Katanya, program itu juga dapat melatih pemimpin muda menjalin kerjasama menerusi hubungan terus dengan agensi persekutuan yang terbabit dalam pengurusan air.

"Program tanggungjawab sosial korporat ini diperluaskan dengan pembabitan banyak pihak kerana kita mahu ia mendatangkan impak tinggi seperti disyaratkan kementerian.


"Peruntukan yang kita salurkan juga akan mengambil kira program yang dilakukan secara sinergi seperti ini kerana ia mampu memberikan kesan lebih baik," katanya.

Ab Rahim berkata, sempena program itu, turut diadakan ceramah, modul latihan amali, ekspedisi sumber air dan kerja berkumpulan dengan pelajar dibimbing fasilitator terlatih. Katanya, pelajar institusi pendidikan tinggi perlu menjadi ejen bagi menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan kepada masyarakat supaya dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar.

Sementara itu, wakil UNESCO- IHP, Dr Wan Zakaria Wan Muhd Tahir, berkata kem latihan seperti itu memberi peluang kepada pemimpin muda untuk menimba ilmu pengetahuan mengenai sumber air dan penjagaannya.

"Kita sudah lakukan program sama pada peringkat sekolah menengah sejak tiga tahun lalu dan kini ia diperluaskan ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Sumber: Berita Harian, M/S: 4
Tarikh: Selasa, 9 Oktober 2012

13 comments:

  1. Sàn gỗ tự nghiên - Sàn gỗ công nghiệp giá rẻ nhất, nhiều ưu đãi cho các dự án thương mại

    ReplyDelete
  2. mua laptop tại Phúc Anh Computer giá tốt, công đồng Phúc Anh Việt Nam , laptop chơi game dell đẳng cấp nhất thế giới đã chính thức xuất hiện và hỗ trợ laptop trả góp với lãi suất 0%

    ReplyDelete
  3. عزل الاسطح بابها شركة عزل اسطح بأبها
    صيانة مسابح بابها شركة صيانة مسابح بأبها
    جلي بلاط بابها شركة جلي بلاط بأبها
    شركة نقل اثاث بابها شركة نقل عفش بأبها
    شركة تنظيف موكيت بابها شركة تنظيف موكيت بابها
    شركة مكافحة حشرات بابها شركة مكافحة حشرات بابها

    شركة تنظيف مسابح بابها شركة تنظيف مسابح بابها

    شركة مكافحة الفئران بابها شركة مكافحة الفئران بأبها
    شركة مكافحة النمل الابيض بالدمام شركة مكافحة النمل الابيض بالدمام

    ReplyDelete