Thursday, 29 November 2012

ICMET platform kongsi ilmu


SEPANG - Seramai 11 orang pembentang kertas kerja menyertai Simposium Innovation and Commercialization for Medical Electronic Technology (ICMET) 2012 dalam usaha menjana kecemerlangan perubatan elektronik.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Ab Rahim Md Noor berkata, hasildaripadagabungankepakaranbeberapa buah institusi pengajian tinggi (IPT) berprestij berupaya menjadikan negara ini sebagai destinasi pelancongan kesihatan serantau.

"Bagi meningkatkan kemampuan industri biomedikal dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti yang menggunakan teknologi canggih terkini, platform perkongsian ilmu antara ahli akademik dan industri biomedikal seperti ini amat digalakkan.

"Diharapkan tenaga mahir dihasilkan oleh sistempendidikan negara dalambidang perubatan elektronik sentiasa relevan dan memenuhi keperluan semasa industri," katanya ketika berucap merasmikan ICMET 2012, semalam

Turut berlangsung, majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), Memorandum Persetujuan (MoA) dan Memorandum Kolaborasi (MoC) antara Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

Asma Naib Canselor USIM


KUALA LUMPUR 29 Nov. - Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan pelantikan Prof. Dr. Asma Ismail sebagai Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baru.

Pelantikan Asma, 54, menggantikan Prof. Datuk Dr. Muhamad Muda yang tamat tempoh perkhidmatannya esok.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam kenyataan di sini hari ini berkata, pelantikan itu bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Disember 2012 hingga 30 November 2015.

"Pemilihan Asma berasaskan kriteria yang ditetapkan oleh kementerian mengambil kira pengalaman akademik, penyelidikan serta pentadbirannya sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Sains Malaysia (USM) di samping kepakaran beliau dalam bidang sains dan inovasi," katanya.

Wednesday, 28 November 2012

Politeknik dinaik taraf


Usaha menaikkan taraf tiga politeknik bagi mencapai status setaraf universiti yang membolehkan program diploma lanjutan dan ijazah ditawarkan kini giat dilaksanakan Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.

Ketua Pengarahnya, Md Nor Yusof, berkata bagi tujuan itu beberapa strategi dan pelan transformasi yang dikenal pasti dapat membantu usaha terbabit sedang dilaksanakan.

Katanya, ketika ini usaha tertumpu kepada jalinan kerjasama rintis membabitkan politeknik berkenaan dengan beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) awam (IPTA) dan swasta (IPTS) tempatan bagi menawarkan program pengajian secara berkembar.

"Perbincangan dengan IPTA dan IPTS itu masih lagi berjalan dan kita harapkan satu keputusan positif bakal dicapai kedua-dua belah pihak demi kebaikan bersama. 

Binary dapat pengiklirafan SETARA'2011


Binary University mencapai reputasi yang amat baik dengan mengikuti dasar penambahbaikan berterusan dalam semua aspek penyampaian akademik bermula 28 tahun lalu di mana ia mula menawarkan program berkembar dengan Universiti dari UK dan Australia.

Pengerusi Eksekutif Binary University, Datuk Prof Joseph Adaikalam berkata, ia terbukti apabila Binary tercatat sebagai antara institusi pengajian tinggi cemerlang dalam Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2011 (SETARA'2011) oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).

"Pengajaran dan pembelajaran adalah asas kepada semua universiti dan SETARA adalah medium melalui Kementerian Pengajian Tinggi dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mengukurnya dengan sebuah jawatankuasa bebas.

"Ditubuhkan pada tahun 1984, Binary University bermula dengan menawarkan pengajian saijana muda dan ijazah saijana British dan Australia," katanya.

Pengajian berteraskan Islam di IPT


Program pengajian Islam di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini kini berkembang pesat selaras kehendak masyarakat yang dahagakan ilmu berteraskan agama Islam.

Program ini memainkan peranan penting dalam membina kefahaman Islam yang betul sama ada dalam kalangan orang Islam mahupun bukan Islam.

Kementerian Pengajian Tinggi sendiri turut berperanan dalam menyediakan peluang pengajian kepada masyarakat yang hendak mendalami ilmu berasaskan Islam secara lebih mendalam.

Malah, kementerian ini telah menubuhkan beberapa IPT awam dan swasta bagi memenuhi keperluan masyarakat.

Antara IPT berteraskan Islam yang ditubuhkan ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis, International Centre For Education In Islamic Finance (INCEIF), Kolej Dar Al-Hikmah, Koleh Islam Antarabangsa, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan pelbagai lagi.

AUG 2012 Malaysia buru 36 pingat emas


KONTINJEN Malaysia meletakkan sasaran 36 pingat emas pada Sukan Universiti.ASEAN (AUG) 2012 di Vientiane, Laos yang akan bermula 12 hingga 20 Disember depan.

Ketua kontinjen Malaysia, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim berkata, sasaran itu dianggap realistik hasil persetujuan daripada setiap pengurus pasukan.

"Ini merupakan sasaran paling tinggi kita letakkan untuk temasya AUG apabila ia berlangsung di luar negara.

"Sasaran itu berdasarkan prestasi semasa atlet. Selain beberapa acara sukan baharu, kita belum pasti sama ada saingan kita itu benar-benar kuat untuk memenangi pingat atau sebaliknya.

Monday, 26 November 2012

Pensyarah kontrak UPNM diganti


Pensyarah kontrak UPNM diganti KUALA LUMPUR 26 Nov. - Kontrak sebanyak 19 orang pensyarah tertera di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) tidak disambung kerana mereka telah diganti dengan pensyarah yang lebih berkelayakan dari segi kelulusan akademik.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan, kesemua pensyarah terlibat hanya dipinjamkan ke UPNM sejak 2008 bagi memenuhi keperluan pensyarah ketika itu.

Jumlah sebenar juga kata beliau, hanya 19 orang bukannya 92 orang seperti yang didakwa oleh beberapa portal media sosial.

"Pada awalnya kemasukan 19 pensyarah itu ke UPNM ekoran institusi tersebut masih baru diwartakan menjadi sebuah universiti, maka keperluan dalam aspek latihan ketenteraan untuk pelajar menjadi keperluan meskipun tenaga pengajar tidak mempunyai kelulusan ijazah pertama.

UiTM juara debat pusat pengajian tinggi


SERI ISKANDAR - Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara dalam pertandingan Cabaran Debat Muda 21 Tahun Untuk Alaf 21 (CDM 2121) antara pusat pengajian tinggi yang berlangsung di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini semalam.

UiTM selaku pencadang menewaskan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada pertandingan akhir yang membahaskan tajuk 'Dewan Ini Percaya Kemajuan Teknologi Merancang Nilai-Nilai Kemanusiaan.'

UiTM yang diwakili Mohd. Shahrin Ariff Md. Idros, 20, dari kampus Alor Gajah, Melaka; Mohd Norhidayat Mohamad Khalid, 21, (Kedah); Nur Syifa Fatihah Daud, 19, (Shah Alam) dan Jasmiza Nurul Hazmira Hamzah, 20 (Perak) membawa pulang wang tunai RM2,121 serta trofi dan piala iringan.

Sunday, 25 November 2012

Acara kesenian, kebudayaan rakyat, PMS meriah


KUALA LUMPUR 25 Nov. - Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) di Universiti Malaya yang berlangsung baru-baru ini meriah dengan pelbagai acara kebudayaan dan kesenian yang membabitkan mahasiswa dari dalam dan luar negara.

Lebih unik, kehadiran Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang tiba dengan menaiki teksi kelmarin, memberikan satu kelainan kepada acara tersebut.

Ketibaan Rais dan isteri, Datin Seri Masnah Rais itu diiringi konvoi 50 buah teksi dan disambut dengan persembahan selamat datang (Etnik 1Malaysia) oleh Kumpulan Kesenian Seksyen Kreatif Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya.

Program tersebut merupakan anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan diselia oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Universiti Malaya, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Jabatan Penerangan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Perpustakaan Negara Malaysia dengan keijasama Kementerian Pengajian Tinggi.

Kerja apa selepas universiti


SEJAK kecil lagi anak-anak sering ditanya, "Sudah besar nanti hendak jadi apa?"

Soalan yang sangat klise ini boleh dikatakan ditanya kepada semua kanak-kanak, baik daripada ibu bapa si kecil itu atau orangterdekat mereka.

Mengapakah soalan itu ditanya? Soalan ini antara lain untuk memberikan bayangan kepada anak-anak bahawa suatu masa nanti, mereka akan besar dan bukan selama-lamanya menjadi kanak-kanak.

Soalan ini juga seolah-olah memberitahu kanak-kanak itu bahawa apabila besar nanti, mereka perlu bekerja demi meneruskan kelangsungan hidup. Mungkin ada banyak lagi sebab lain mengikut penilaian masing-masing.

Berabad lamanya, tidak kira di mana saja, ibu bapa menghantaranak mereka ke sekolah demi mengubah nasib hidup dan membanggakan keluarga serta negara. Kalau tidak pun nasib ibu bapa, nasib anak itu sendiri.

MyAPPS lahir graduan teknorat


SERAMAI 90 pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) bakal mengikuti latihan keusahawanan dalam Program Inkubator Teknoprenuer ICT (MyAPPS) dalam melahirkan graduan berteknokrat tinggi.

MyAPPS anjuran Pusat Keusahawanan UMP dengan kerjasama Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian (FSKKP), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), MyAppszil (Asia) Sdn. Bhd. dan Celcom.

Pengarah Pusat Keusahawanan UMP, Dr. Omar Jamaluddin berkata, dalam melahirkan graduan yang mempunyai nilai keusahawanan, UMP memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan pihak industri.

Katanya, antara pihak industri yang terlibat iaitu MyAppszil (Asia) Sdn. Bhd. dan Celcom bertujuan melaksanakan program sangkutan keusahawanan kepada pelajar jurusan ICT yang berminat menceburi pemiagaan ini.

Bawa balik 4 pingat


KESEIMBANGAN antara akademik dan kokurikulum di kalangan penuntut tidak pernah diketepikan Management & Science University (MSU) sebaliknya kedua-duanya menjadi asas kepada kecemerlangan mereka. Menerusi temasya Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2012 yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor, selama lima hari bermula 6 November lalu, MSU membuktikan kebolehan penuntutnya dalam bidang kokurikulum apabila merekod kemenangan dalam acara karate-do dengan membawa pulang satu pingat emas dan tiga pingat gangsa.

Pencapaian kontinjen itu begitu membanggakan MSU berikutan hanya tiga atlet berkenaan dihantar bagi acara karate-do dan semua mereka berjaya meraih pingat. Pingat emas dirangkul atlet lelaki, R S Wugindran yang menjuarai kategori kumitee tidak lebih 60 kilogram (kg). Sementara tiga pingat gangsa diraih atlet wanita iaitu Georginia C Goerge bagi kategori kata dan kumitee bawah 55kg serta Victoria Hui Li French bagi kategori kumitee bawah 50kg. Bagi Wugindran yang mengikuti. program Asasi Sains Kesihatan/Biologi Sains berkata, jurulatih banyak membantunya dalam pelbagai aspek sepanjang pertandingan berlangsung. 

"Saya bersyukur dan gembira dengan kemenangan ini. Sememangnya sudah menjadi impian saya sejak sekian lama untuk memperoleh pingat emas sepanjang berkecimpung dalam acara kegemaran saya. "Jutaan terima kasih kepada warga MSU yang membantu saya untuk merangkul pingat emas dalam Kejohanan Sukan Universiti Asean (AUG) pula," katanya. Perasaan sama turut dilahirkan rakan sepasukan Wugindran iaitu Georginia dan Victoria yang begitu gembira dengan kenangan manis memperoleh pingat. Walaupun sekadar meraih pingat gangsa, pencapaian itu dianggap sebagai kejayaan besar buat mereka. 

Friday, 23 November 2012

Perkasa lulusan kemahiran


SEREMBAN: Bagi memperkasa lulusan politeknik dan kolej komuniti supaya lebih kompetitif di pasaran kerja tempatan, beberapa program ijazah dan diploma akan dilaksanakan di 32 politeknik dan 81 kolej komuniti di seluruh negara dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam (IP- TA) mulai tahun depan. Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Mejar (K) Mohd Nor Yusof, berkata setakat ini satu program ijazah di politeknik dan dua program diploma di kolej komuniti dikenal pasti akan dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan beberapa rakan industri di negara ini. 

"Langkah dilakukan Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) itu satu usaha untuk menyasarkan 85 peratus pelajar lepasan politeknik dan kolej komuniti mendapat tempat di pasaran kerja. "Setakat ini, kita mempunyai 32 politeknik dan 81 kolej komuniti dan 71 peratus lepasan dari kedua-dua institusi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) ini berjaya memperoleh pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian tahun lalu. 

Pas minta siasat isu 92 pensyarah dipecat


KUALA LUMPUR - Pas meminta Kementerian Pengajian Tinggi menubuhkan satu panel siasatan bagi menyiasat isu penamatan kontrak 92 pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baruini.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mendakwa kesemua pensyarah itu tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada universiti.

"Hal ini berlaku susulan pengambilalihan Timbalan Naib Canselor (UPNM) yang baru sehingga ada rombakan besar-besaran. ' "Mereka beri alasan penamatan kontrak terhadap 92 pensyarah mereka ini kerana tiada ijazah, cuma ada diploma lanjutaa Tetapi hampir kesemua mereka ini adalah pegawai angkatan tentera yang mana mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang merekal' katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Wednesday, 21 November 2012

Buku Fundamental of Entrepreneurship dilancarkan


Penghasilan buku 'Fundamental of Entrepreneurship' akan mengubah konsep pembelajaran mengenai keusahawanan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang selamaini terlalu bersifat teoretikal.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata walaupun IPTA sudah mempunyai modul asas pembudayaan keusahawanan yang digubal pada 2007 dan seterusnya dijadikan kursus wajib dua kredit pada sidang akademik 2007/2008, pihaknya mendapati kandungannya banyak menjurus kepada teori.

Beliau berkata, sehubungan itu Kementerian Pengajian Tinggi mengambil inisiatif mengkaji semula modul terbabit bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya dalam usaha menyemai nilai dan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar IPT.

UTeM perkenal logo baru


Durian Tunggal: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini memperkenalkan logo baru dalam usaha untuk meningkatkan penjenamaannya di negara ini dan antarabangsa.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan, berkata logo baru itu dicipta bagi menyeflahkan nama universiti sekali gus memberi imej baru lebih dinamik dan mampu menjadi aspirasi warga universiti itu untuk mencatat pelbagai kegemilangan.

Katanya, usaha itu dilakukan seiring dengan pelancaran Pelan Strategik 2012-2020 yang dirangka pihaknya bagi melonjak UTeM sebagai universiti teknikal tersohor pada peringkat antarabangsa.

"Kita mahu orang ramai tahu kehadiran UTeM dan penjenamaan ini penting untuk mempamerkan peranan universiti, selain menyuntik semangat warga universiti ini supaya bermotivasi serta beraspirasi selepas 11 tahun bertapak.

Tiada kompromi


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak akan berkompromi mengenai kualiti pendidikan yang disediakan di setiap institusi pengajian tinggi (IPT) swasta (IPTS) di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata keperluan itu penting kerana bakal menentukan penerimaan masyarakat global terhadap program akademik yang ditawarkan di Malaysia. Beliau berkata, kementerian sentiasa melakukan pemantauan melalui program yang dirancang secara berkala bagi memastikan semua IPTS di negara ini mematuhi peraturan yang ditetapkan sekali gus melahirkan graduan berkualiti.

"Semua usaha ini menjelaskan komitmen kementerian dalam mengawal penubuhan IPTS serta memastikan bahawa setiap institusi berkenaan benar-benar bersedia menawarkan program yang berkualiti tinggi sekali gus menjadikan kecemerlangan sebagai tonggak kejayaan.

MyRA tingkatkan budaya penyelidikan di IPT


Kementerian Pengajian Tinggi mencipta Malaysia Research Assessment Instrument (MyRA) bagi membolehkan hasil penilaian kendiri instrumen itu digunakan institusi pengajian tinggi (IPT) untuk memantau prestasi dan menilai pencapaian masing-masing dalam aspek penyelidikan secara tahunan.

Hasil penilaian MyRA juga menjadi prasyarat kepada IPT swasta (IPTS) bertaraf universiti dan kolej universiti untuk memohon Skim Geran Penyelidikan Fundamental selain dijadikan sebahagian sokongan permohonan IPT untuk diiktiraf sebagai universiti penyelidikan (RU).

Ikuti analisis keputusan penilaian MyRA tahun lalu yang diumumkan baru-baru irti oleh Ketua Panel Penilai MyRA, Prof Dr Muhamad Jantan seperti disampaikan kepada wartawan Varsiti. Rosniza Mohd Taha.

S: Tahun ini kali ke berapa penilaian MyRA dilaksanakan? Bagaimana sambutan institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap instrumen penilaian ini? 

UPSI komited bawa perubahan pendidikan


Di antara Kementenan Pelajaran yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian Pengajian Tinggi diterajui Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berdiri dengan gah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak.

Ketiga-tiga institusi ini membawa identiti pendidikan sebagai paksi pembangunan negara menghadapi gelombang globalisasi abad ke-2l. Ketiga-tiga entiti ini juga sentiasa mengharungi perubahan dalam pendidikan yang penuh cabaran dan harapan.

Sebagai contoh, di Kementerian Pelajaran, Muhyiddin melancarkan program Transformasi Kerajaan bagi mempertingkatkan tahap kemudahan prasekolah sebanyak 97 peratus menjelang 2020. Kerajaan akan melatih 21,000 guru pendidikan awal kanak-kanak di seluruh negara. Kerajaan akan mengadakan program saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) dan memastikan kejayaan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan. Kementerian juga menubuhkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di seluruh negara. Menjayakan transformasi pendidikan Di Kementerian Pengajian Tinggi pula, Mohamed Khaled dalam amanat tahun baru 2012, meletakkan asas lapan agenda, bersama 63 pernyataan dasar, inisiatif dan perubahan struktural bagi menjayakan peranan sebagai penyumbang yang kritikal dalam menjayakan transformasi pendidikan negara menjelang tahun 2020.

Graduan global pilihan majikan


Setiap tahun pada sepanjang Ogos hingga November, semua institusi pengajian tinggi di negara ini akan menganjurkan majlis konvokesyen bagi meraikan kejayaan graduan mereka yang berjaya menamatkan pengajian.

Keseluruhannya mereka adalah insan yang cemerlang dalam pengajian sama ada pada peringkat diploma, ijazah saijana muda, sarjana atau doktor falsafah dalam bidang masing-masing.

Sebahagian mereka ada yang berjaya mendapat tawaran bekerja dan berkhidmat di sektor kerajaan, swasta dan industri. Ada dalam kalangan graduan ini masih lagi menunggu untuk diberikan peluang bekerja.

Pembangunan insan terbilang ini juga meliputi usaha ke arah melahirkan insan yang berpengetahuan, berkemahiran, inovatif, memiliki jati diri, beretika, mempunyai pendidikan, terlatih dan mempunyai pekeijaan yang sewajarnya. Peluang menuju kecemerlangan juga sentiasa terbuka dan menanti. Pembangunan modal insan Malah, kejayaan dan pencapaian dalam mencintai hikmah atau kebijaksanaan ini amat penting untuk direkodkan kerana berkait rapat dalam menobatkan jati diri generasi muda dengan pembangunan modal insan yang dilahirkan oleh universiti.

Tuesday, 20 November 2012

PPUKM harap kerajaan naikkan taraf NICU


KUALA LUMPUR - Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) berharap kerajaan membantu pihaknya menaik taraf Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) miliknya bagi membolehkan PPUKM menerima lebih banyak kemasukan bayi pramatang.

Ketua NICU PPUKM, Prof. Dr. Cheah Fook Choe berkata, pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan berharap ia mendapat kelulusan.

"Langkah membesarkan NICU wajar dibuat memandangkan PPUKM sering dirujuk untuk kes-kes bayi pramatang.

"Saya berharap saiz NICU PPUKM dapat dibesarkan sehingga dua atau tiga kali ganda agar lebih ramai bayi dapat diterima masuk sekali gus menyelamatkan lebih ramai pesakit," katanya selepas perasmian Kempen Kesedaran Pramatang Sedunia di PPUKM, Bandar Tun Razak di sini kelmarin.

Monday, 19 November 2012

OUM sedia peluang kepada lepasan sekolah melalui IOC


Open University Malaysia (OUM) kini mengorak langkah menyediakan peluang pengajian secara sepenuh masa kepada pelajar lepasan sekolah melalui pembukaan International Open College (IOC], Presiden dan Naib Canselor OUM, Profesor Emeritus Tan Sri Anuwar Ali berkata, OUM melihat kepada betapa pentingnya memberi peluang kepada pelajar lepasan sekolah urituk lanjutkan pengajian mereka selain golongan bekerjaya.

"OUM telah terlibat dalam menyediakan peluang pendidikan kepada golongan bekerjaya sejak 2001 lagi dan setelah 12 tahun mencurah bakti, sudah tiba masanya kita memberi peluang kepada lepasan sekolah. 

"IOC menyediakan peluang pengajian tertiari yang kondusifdan berkualiti kerana saya percaya setelah memberi peluang kepada golongan bekerjaya, kita perlu memberi peluang pengajian kepada lepasan sekolah. 

Malah katanya, IOC sendiri mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk menukar nama asal kolej berkenaan Granada International College kepada International Open College. 

Sunday, 18 November 2012

Sime Darby bangunkan Bandar Universiti Pagoh


Bandar Universiti Pagoh akan menjadi pembangunan bertema terbaru yang ditawarkan Sime Darby Property Bhd, pemaju hartanah terbesar di negara ini.

Projek perbandaran terbaru itu terletak di utara Johor, di laluan pertukaran utama di Pagoh antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru dan ia mudah dihubungkan serta dilihat. Ia akan menjadi hab pendidikan tinggi yang akan membantu memacu pertumbuhan. Pembangunan bercampur Projek perbandaran baru di atas tapak seluas 4,100 ekar itu akan dibangunkan secara berperingkat dalam tempoh 10 hingga 15 tahun. Ia akan menjadi pusat pembangunan bercampur merangkumi kediaman, komersial dan pembangunan institusi yang akan mendatangkan manfaat dari segi ekonomi dan sebagainya.

"Kami gembira Sime Darby Property terpilih (sebagai pemaju). Kami menjangkakan Bandar Universiti Pagoh akan menceriakan pasaran dan dengan penduduk sedia adanya yang terdiri daripada pelajar universiti, pensyarah dan sebagainya. Ia akan menjadi pembangunan Hab Pendidikan Pelbagai Universiti yang pertama di Malaysia," kata Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby Bhd, Dato' Mohd Bakke Salleh.

Empat IPTA dalam satu kampus TPM


Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan universiti antarabangsa dipelawa membuka kampus cawangan di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP), Muar yang dijangka siap tiga tahun lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata hab pendidikan seluas 200 hektar itu akan menempatkan empat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang dibina secara berpusat dalam satu kampus.

Beliau berkata, Sime Darby Property Berhad akan membangunkan hab itu secara berfasa membabitkan pembinaan kampus cawangan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Pusat Penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Politeknik Pagoh.

Katanya, turut dibangunkan, Bandar Universiti Pagoh sekali gus menjadikan Pagoh kawasan pembangunan baru dilengkapi kemudahan asas dan komersial dengan menawar peluang pekerjaan kepada lebih 25,000 rakyat sekitar.

Saturday, 17 November 2012

Pindah kredit maksimum


Kuala Lumpur: Isu tujuh graduan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang ijazah mereka tidak diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) berlaku disebabkan masalah teknikal yang berpunca daripada pemindahan kredit program diploma yang diambil sebelumnya. Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Syed Ahmad Hussein berkata, terdapat kes berbeza pada tujuh graduan kumpulan pertama program Ijazah Sarjana Muda al-Quran dan al-Qiraat kolej universiti itu kerana pengajian mereka tamat lebih awal iaitu dua tahun berbanding sepatutnya tiga tahun. 


Menurut beliau, mengikut prosedur biasa, apabila sesuatu program itu dijalankan, jika pengajian memakan masa selama tiga tahun, proses akreditasi akan dibuat pada tahun ketiga. "Namun dalam kes ini, terdapat tujuh pelajar membuat pemindahan kredit maksimum setahun dari program diploma sebelumnya menyebabkan pelajar itu menamatkan pengajian sarjana muda lebih awal daripada biasa iaitu hanya dua tahun. 

"Sepatutnya, Kuin perlu memaklumkan kepada MQA apabila ada elemen pemindahan kredit supaya proses akreditasi dapat dibuat lebih awal kerana kes ini berbeza dari permohonan biasa," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam. Baru-baru ini, akhbar melaporkan tujuh graduan kolej itu terkejut apabila ijazah sarjana muda yang diperoleh pada konvokesyen Kuin, 17 September lalu tidak diiktiraf MQA atas alasan tidak menepati format ditetapkan. Akibatnya, graduan terbabit tidak dapat menyambung pengajian di peringkat sarjana di institusi pengajian tinggi (IPT), selain gagal membuat permohonan kerja di sektor awam.

Manfaat hubungan IPTA- sekolah kluster


Kerjasama dalam bentuk Kluster Universiti dan Sekolah diwujudkan bagi menekankan konsep asas iaitu setiap institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan menjadi mentor atau payung kepada beberapa sekolah terpilih.

Permuafakatan peringkat awal (fasa satu dan dua 2) pada 2007 membabitkan 30 sekolah kluster yang menjalinkan kerjasama akademik dengan 20 IPTA dan sehingga tahun ini (fasa lima dan enam) menarik penyertaan 170 sekolah.

Objektifnya adalah untuk membangunkan modal insan cemerlang minda kelas pertama menerusi permuafakatan yang kukuh antara sekolah kluster dengan IPTA. Selain itu, ia bertujuan mewujud dan memantapkan jalinan rangkaian antara sekolah kluster dengan IPTA bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam semua bidang.

Pembabitan IPTA akan ditingkatkan dengan menekankan peranan mendidik anak bangsa sebagai tanggungjawab bersama dengan semua pihak. Ia juga bertujuan membina sinergi antara sekolah kluster dengan IPTA bagi melestarikan kecemerlangan pendidikan terutama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan.

UTM bangunkan Ready4Work


Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjalankan kerjasama strategik dengan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) bagi membangunkan paiitan Ready4Work yang akan dimuatkan dalam portal MyLinE.

Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Zaini Ujang, berkata, MyLinE atau sumber dalam talian untuk pembelajaran dalam bahasa Inggeris adalah persekitaran pembelajaran maya yang dibangunkan UTM dan boleh diakses kepada setengah juta pengguna.

"Portal yang disenggarakan dan diuruskan UTM bagi pihak Kementerian Pengajian Tinggi bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris graduan di negara ini.

"Kerjasama UTM dan TalentCorp hari ini bermatlamat meningkatkan keupayaan sistem portal itu bagi menampung lebih banyak pengguna pada masa depan sekali gus membangunkan pautan Ready4Work," katanya dalam majlis pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) antara UTM dengan TalentCorp itu di sini, barubaru ini.

Karnival Sepak Takraw Kebangsaan KPT-UiTM 2012 meriah


Universiti Teknologi Mara (UiTM) terus membuktikan iltizamnya sebagai institusi pengajian tinggi (IPT) yang sentiasa berusaha menyuburkan sukan warisan tradisi Malaysia menerusi penganjuran pertandingan sepak takraw.

Penganjuran Karnival Sepak Takraw Kebangsaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)-UiTM 2012 di Kompleks Sukan UiTM, Shah Alam, edisi keenam barubaru ini berjaya menarik penyertaan 104 regu selain mencipta rekod penyertaan regu terbanyak menerusi pengenalan kategori baru media. Utusan-Milenia cemerlang

Pengenalan kategori media melengkapkan tujuh kategori pertandingan yang diibaratkan 'Piala Dunia' buat pengamal dan penggiat media apatah lagi dengan tawaran hadiah wang tunai sebanyak RM3,500. Regu Utusan-Milenia dinobatkan selaku juara sekali gus pemilik trofi baharu pertandingan berprestij ini.

UKM bangunkan inovasi P&P


S: Sejauh mana ke pentingan inovasi P&P di institusi pengajian tinggi (IPT). 

J: Pelaksanaan proses P&P mestilah menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan tahap keupayaan kognitif setiap pelajar, tahap pembelajaran, dan juga berbantukan alat bantu pengajaran yang terbaik. Di UKM, proses bagi penambahbaikan kualiti pengajaran dan pembelajaran turut diberi peranan khusus dalam perancangan strategik universiti dan antara objektif yang digariskan ialah menghasilkan graduan yang cemerlang melalui program akademik kompetitif dalam pelbagai bidang pengajian. Pemerkasaan program akademik, prasarana, pengambilan pelajar berkualiti dan warga kerja yang kompeten melayakkan sesebuah universiti terus mencapai kecemerlangan.

Cabaran Kepemimpinan pupuk persaudaraan


Mersing: Lebih 100 pelajar politeknik seluruh negara menyertai program 'Cabaran Kepemimpinan', Kementerian Pengajian Tinggi, di Politeknik Mersing, dekat sini.

Program itu bagi memupuk semangat persaudaraan dan hubungan antara pelajar dan masyarakat setempat, sekali gus menjadi jambatan antara politeknik dengan agensi luar.

Sempena program itu turut diadakan pendakian Gunung Arong, aktiviti air, program bersama masyarakat Orang Asli Tanah, lawatan Penjara Kluang, sukaneka serta pertandingan bola sepak.

Majlis penutup program empat hari itu disempurnakan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad. Landasan lahir modal insan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Md Nor Yusof, berkata program itu juga bertujuan menjadikan pendidikan berkualiti sebagai landasan untuk melahirkan modal insan yang kreatif, inovatif, berkemahiran dan berkepemimpinan.

Tuesday, 13 November 2012

SSU ganti SSM di semua IPTA Malaysia


KOTA KINABALU - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awara (CUEPACS) menggesa kerajaan menggantikan pemberian gaji kakitangan di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) daripada Skim Saraan Malaysia (SSM) kepada Skim Saraan Universiti (SSU).

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, langkah itu perlu memandangkan skim sedia ada sudah tidak relevan dengan pelbagai cabaran semasa yang dihadapi kakitangan IPTA.

"Kita telah bincang pelbagai perkara sebelum memorandum itu diserahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor pada 23 Oktober lalu untuk diperhalusi dan kemudiannya dibawa Kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk tindakan susulan. "Sekiranya semua berjalan lancar, kita menyasarkan ia dilaksanakan pada tahun 2013," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM) di Universiti Malaysia Sabah di sini semalam.

Jelas status program ijazah Kuin


ALOR SETAR 12 Nov. - Kolej Universiti Insaniah (Kuin) didesak supaya menjelaskan status program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat yang ditawarkan di kolej itu kerana program tersebut dipercayai masih gagal mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pengajian Tinggi.

Wakil Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Negeri Kedah, Abi Norzuadin Abdullah berkata, difahamkan graduan kumpulan pertama program itu seramai tujuh orang sehingga kini gagal mendapatkan pekerjaan yang sesuai kerana tidak mendapat pengiktirafan MQA.

"Sebagai sebuah pertubuhan yang meletakkan agama dan bangsa sebagai landasan peijuangan, pihak kami terpanggil untuk mendesak Kuin untuk menjelaskan perkara tersebut.

"Ini satu kerugian dan penganiayaan kepada pelajar yang mengikuti program tersebut kerana kami mendapat maklumat ada di antara mereka terpaksa menjadi pemandu teksi dan menoreh getah bagi menampung hidup selepas tamat belajar," kata beliau selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, di sini hari ini.

UPM kaji variasi produk ikan patin Temerloh


TEMERLOH 12 Nov. - Kementerian Pengajian Tinggi memperuntukkan sebanyak RM182.000 kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi menjalankan kajian mengenai keistimewaan dan variasi produk patin di daerah ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, setakat ini UPM yang menjalankan kajian tersebut sejak dua tahun lalu berjaya menghasilkan beberapa produk hiflran daripada ikan patin.

"Antara produk tersebut termasuk masakan ikan tempoyak, asam pedas, goreng berlada, masakan kukus dan masakan ala Barat, Cina.

"Kajian selanjutnya akan dilakukan secara lebih menyeluruh bagi memastikan produk ikan patin boleh memasuki pasaran eksport," katanya yang juga Ahli Parlimen Temerloh kepada pemberita selepas merasmikan Karnival dan Seminar Ikan Patin Temerloh 2012, di sini semalam.

Sunday, 11 November 2012

Lai Kwan, Bell jagoan SUKIPT


Kuala Lumpur: Dua atlit renang, Chui Lai Kwan dan Ian Leong Bell diangkat sebagai Olahragawati serta Olahragawan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) yang pertama pada Majlis Penutup Rasmi kejohanan di Dewan Agong Tuanku Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Shah Alam, semalam.

Penganugerahan tertinggi sukan di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) itu melayakkan Lai Kwan dan Leong Bell menerima piala pusingan, piala iringan dan satu tiket penerbangan pergi balik ke Bali, Indonesia tajaan Air Asia.

Lai Kwan, pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) merekodkan sejarah pungutan pingat emas terbanyak dengan 13 pingat emas, dua perak manakala Leong Bell, penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) memenangi tujuh emas. Rentetan pencapaian cemerlang itu, mereka bakal mewakili negara ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) di Laos, bulan depan.

Sasaran pendidikan tinggi negara


MELBOURNE 11 Nov. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap lebih banyak universiti di Malaysia mampu berada dalam kelompok 100 universiti terbaik dunia dalam tempoh lima tahun lagi.

Beliau berkata, sistem pendidikan tinggi negara bergerak pada landasan yang betul dengan Kementerian Pengajian Tinggi memberi lebih banyak ruang dan kebebasan kepada universiti-universiti terlibat bergerak bagi mencapai sasaran tersebut.

"Tidak betul kalau ada tanggapan kata, kita tidak bergerak di landasan yang betul. Ada tetapi terlalu perlahan. Jadi kita kena lebih pantas dalam hal ini" katanya pada sesi dialog dengan para pelajar dan profesional rakyat Malaysia di Melbourne sempena lawatan kerja sembilan hari beliau ke Melbourne, Brisbane dan Gold Coast di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia Datuk Salman Ahmad.

UPM buat penyelidikan khas ikan patin


TEMERLOH - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyediakan peruntukan RM182,000 bagi menjalankan kajian mengenai ikan patin di Temerloh bagi tempoh dua tahun lepas.

Timbalan Menteri Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, peruntukan yang diberikan kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berjaya menghasilkan beberapa produk yang berasaskan ikan patin.

"Antara produk yang berjaya dihasilkan adalah masakan tempoyak, asam pedas, goreng berlada dan masakan Barat.

"Kajian selanjutnya akan dilakukan secara lebih menyeluruh dan komprehensif bagi memastikan produk ikan patin boleh memasuki pasaran negara luar," katanya.

Sasar IPT tempatan antara 100 terbaik dunia


Timbalan Perdana Menteri mahu sekurang-kurangnya satu universiti tempatan berada dalam kedudukan 100 institusi terbaik dunia dalam tempoh lima tahun.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sasaran itu bukan saja membolehkan pelajar Malaysia menyambung pengajian di dalam negara, malah menarik lebih ramai pelajar antarabangsa.

Beliau berkata, Kementerian Pengajian Tinggi sudah mengambil beberapa langkah perlu seperti melakukan tanda aras universiti tempatan dengan institusi terbaik dunia dan memberi autonomi.

"Tidak benar jika ada yang menuduh sistem pendidikan kita bergerak ke arah yang salah. Sistem kita berada atas landasan yang betul tetapi bergerak terlalu perlahan.

RM1b untuk R&D


NILAI - Menyedari kepentingan penyelidikan di institusi pengajian tinggi (IPT), kerajaan memperuntukkan RM1 bilion untuk pelaksanaan kajian dan pembangunan bermanfaat (R&D) kepada masyarakat tahun hadapan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peruntukan itu khusus untuk penyelidikan.

Daripada jumlah itu, katanya, RM400 juta disalurkan kepada Dana Penyelidikan Fundamental kementerian.

"Dana itu meliputi Skim Geran Penyelidikan Fundamental, Penyelidikan Eksploratori, Penyelidikan Jangka Panjang, Penyelidikan Prototaip dan Insentif Penyelidikan," katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jurnal Cream dan Buku Kajian Dasar serta Seminar Hasil Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi 2012 di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi, Bandar Enstek, dekat sini,semalam Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab Rahim Md Noor dan Ketua Editor jurnal Current Research in Malaysia (Cream), Datuk Prof Dr Md Salleh Yaapar.

IPTS perlu tawar biasiswa tarik pelajar terbaik


PUTRAJAYA 8 Nov. - Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) perlu membudayakan penawaran biasiswa sebagai kaedah bersaing dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk menarik kemasukan pelajar terbaik.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penawaran lebih banyak biasiswa oleh IPTS juga dapat mengubah trend semasa yang menyaksi kebanyakan pelajar terbaik menjadikan IPTA sebagai pilihan pertama.

"Kita mahu IPTS membudayakan pemberian biasiswa walaupun tanpa diminta berbuat demikian oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

"Sesebuah institusi mempunyai pelajar yang bagus boleh membina reputasi yang baik, biasiswa merupakan cara untuk nienarik kemasukan pelajar terbaik selain membantu pelajar yang kurang mampu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Penerapan integriti di IPT perlu disokong


PUTRAJAYA 8 Nov. - Penerapan dan pembudayaan nilai-nilai integriti di semua institusi pengajian tinggi (IPT) perlu disokong oleh semua kakitangan termasuk ahli akademik, pegawai pentadbiran dan para petugas di Kementerian Pengajian Tinggi.

Menterinya, Datuk Sen Mohamed Khaled Nordin berkata, kegagalan salah satu pihak yang berkenaan berbuat demiMan dalam menyampaikan amanah boleh menyebabkan kepincangan kualiti dan integriti graduan.

"IPT sebagai pusat perkembangan ilmuyang bertanggungjawab melahirkan pemimpin generasi hadapan, mestilah dilihat sebagai platform penting menyempurnakan pembentukan pembudayaan integriti.

"Lebih penting, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) menyasarkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu di peringkat global menjelang 2020 bergantung kepada kemampuan kita menerapkan nilai integriti dalam pelaksanaan tugas," katanya ketika merasmikan majlis sambutan Hari Integriti 2012 peringkat kementerian di sini hari ini.

UMS tandatangani MoU penyelidikan dengan Universiti of Leiden, Netherlands


KOTA KINABALU: Dalam memperkasa bidang kajian dan penyelidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus mengadakan pelbagai usaha termasuk menjalinkan keijasama persefahaman di peringkat antarabangsa.

Terbaru, UMS telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Naturalis Biodiversity Center, University of Leiden di Amsterdam.

UMS diwakili Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah serta Pendaftar Datuk Abdullah Hj. Mohd Said manakala University of Leiden diwakili oleh Pengarah Bersekutu Penyelidikan, Naturalis Biodiversity Center Dr. Jan Van Tol, dan ketua, Jabatan Zoologi Marin, Naturalis Biodiversity Center Dr. Bert W Hoeksema. 
Menurut Dr. Mohd Harun, MoU itu merupakan susulan daripada lawatan keija rasmi Yang Di-Pertua Negeri Sabah yang juga Canselor UMS, Tun Haji Juhar Datuk Mahiruddin bersama pegawai-pegawai utama ke universiti berkenaan pada Mac lalu.

Wednesday, 7 November 2012

IPTS dipelawa operasi di Pagoh


Kuala Lumpur: Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan universiti antarabangsa dipelawa membuka kampus cawangan di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP), Muar yang dijangka siap tiga tahun lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata hab pendidikan seluas 200 hektar itu akan menempatkan empat institusi pengajiari tinggi awam (IPTA) yang dibina secara berpusat dalam satu kampus. Pembangunan komersial Beliau berkata, Sime Darby Property Berhad akan membangunkan hab itu secara berfasa membabitkan pembinaan kampus cawangan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Pusat Penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Politeknik Pagoh.

Katanya, turut dibangunkan, Bandar Universiti Pagoh sekali gus menjadikan Pagoh kawasan pembangunan baru dilengkapi kemudahan asas dan komersial dengan menawar peluang pekerjaan kepada lebih 25,000 rakyat sekitar.

Polemik perbandingan IPT tempatan


Pengumuman penilaian kecemerlangan akademik melalui Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (SETARA) dan Instrumen Penilaian Penyelidikan Malaysia (MYRA) oleh Kementerian Pengajian Tinggi, baru-baru ini mencetus polemik perbandingan.

Umum membandingkan universiti mana lebih baik dalam kalangan universiti awam serta antara universiti awam dan swasta. Banyak manapun penjelasan mengenai pendekatan dan hasrat penilaian diberikan, masyarakat masih berminat untuk mengetahui universiti mana lebih baik.

Universiti bukan entiti keilmuan yang mudah dan seragam. Banyak faktor yang mendorong sifat dan hala tujunya meliputi objektif utama penubuhan, strategi pembangunan, kematangan, peruntukan tahunan dan tugas khas yang diamanahkan oleh masyarakat atau pihak berkepentingan.

Antara universiti awam dan swasta, faktor ketara yang membezakan sifatnya ialah universiti awam perlu akur dengan dasar pengajian tinggi negara dan kekangan kewangan serta autonominya. 

35 IPT cemerlang


Gambaran sebenar kedudukan dan kualiti institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dapat dinilai menerusi pengiktirafan Sistem Penilaian Institusi Pengajian Tinggi (SETARA) 2011 yang diumumkan, baru-baru ini.

Dengan peningkatan jumlah IPT yang menerima pengiktirafan cemerlang iaitu 35 IPT berbanding 19 IPT pada 2009, ia cukup meyakinkan masyarakat khususnya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) memilih IPT terbaik untuk meneruskan pengajian peringkat tinggi.

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, berkata peningkatan pencapaian UUM dalam SETARA daripada Tier 4 kepada Tier 5 membuktikan keupayaan universiti ltu dalam meletakkan kualiti pada tahap yang tertinggi.

"Kita yakin dengan pendekatan dan strategi yang komprehensif, tidak mustahil kita mampu mencapai Tier 6 pada penilaian akan datang dengan komitmen jitu warga akademik memantapkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. 


KPT kesan IPTS 'sorok' perkataan kolej


KUALA LUMPUR: Ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) termasuk kolej universiti dinasihatkan berwaspada dengan iklan mengelirukan bagi mengelak ditipu pihak tidak bertanggungjawab. Ini kerana Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengesan kegiatan IPTS tertentu yang menyiarkan iklan bertujuan mempromosikan institusi masing-masing dengan pelbagai tawaran menarik, namun ia dijadikan umpan kosong semata-mata. Timbalan Menterinya, Datuk Dr Hou Kok Chung berkata, setakat 16 Oktober lalu, pihaknya mengeluarkan 41 Notis Arahan Pengiklanan (NAP) dan kompaun kepada IPTS terbabit yang didapati mengeluarkan iklan tidak tepat serta membawa kesan negatif kepada pembacanya.

Program memperkukuh jati diri sebagai pemimpin


Lebih 100 mahasiswa politeknik dan kolej komuniti seluruh negara menyertai Program Cabaran Kepemimpinan Kebangsaan berpusat di Politeknik Mersing, Johor, baru-baru ini.

Program empat hari itu diadakan di beberapa lokasi bagi mendedahkan peserta dengan ciri penting sebagai mahasiswa.

Setiausaha Pengelola Program berkenaan, Lajarkarek Mohd Amin, berkata program turut bertujuan memupuk semangat persaudaraan dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat.

"Ini juga akan memperkukuh jati diri pemimpm muda dengan disiplin tinggi, cinta kepada agama dan negara, menggalakkan pembangunan modal insan dan pembangunan intelektual di politeknik masing-masing," katanya. Lawat penjara Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program berkenaan termasuk pendakian Gunung Arong, kelangsungan hidup di air, program bersama masyarakat Orang Asli di Tanah Abang, sukaneka, bola sepak kain pelikat dan melawat Penjara Kluang.

Tuesday, 6 November 2012

Kementerian laksana projek INNO CORPS


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan melaksanakan projek komuniti berimpak tinggi Innovation Corps (INNO CORPS), yang memberi tumpuan terhadap usaha meningkatkan pendapatan isi rumah.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kumpulan sasar program itu adalah golongan isi rumah berpendapatan rendah, kurang bernasib baik atau perlukan bantuan, khususnya orang kelainan upaya (OKU).

Katanya, program yang julung kali diadakan itu akan dijayakan dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS). Tingkat inovasi "Antara matlamat utama program berkenaan adalah untuk meningkatkan keupayaan inovasi, kemahiran kreatif, kemahiran kerja berpasukan dan mewujudkan DNA Innovators dalam kalangan mahasiswa di Malaysia.

Punca graduan sukar dapat kerja


WALAUPUN memegang ijazah dalam bidang Pengurusan Pengangkutan, Fazren, 29, bekerja sebagai pembantu. pentadbiran di sebuah agensi kerajaan sejak empat tahun lalu.

"Saya mohon banyak kerja dalam sektor awam dan swasta. Bila saya ditawarkan jawatan pembantu pentadbiran di sebuah agensi kerajaan saya tidak teragak-agak untuk terima walaupun ia untuk lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Nak dapat kerja sekarang memang agak sukar," cerita anak kelahiran Pahang itu. 

Amran, 22, mendapat keputusan 7A dalam peperiksaan SPM tahun 2009. Kini beliau bertugas sebagai jururawat di sebuah hospital awam setelah menerima Diploma Kejururawatan dari kolej latihan kejururawatan awam tahun ini.

Mengapa beliau memilih kerjaya sebagai seorang jururawat walaupun menerima keputusan SPM yang agak cemerlang? Amran, anak kelahiran Perlis memberitahu: "Ia disebabkan faktor ekonomi. Saya memilih untuk tidak menyambung pengajian ke universiti kerana saya percaya selepas tamat belajar, ia tidak menjanjikan sebarang pekerjaan. Dengan hanya memiliki Diploma Kejururawatan, saya boleh dapat kerja dengan mudah di hospital awam atau hospital swasta.

Monday, 5 November 2012

Universiti rekod data pelajar


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak bercadang menubuhkan pangkalan data berpusat mengandungi maklumat setiap penerima ijazah dan diploma bagi menangani masalah pemalsuan ijazah.

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ini kerana setiap maklumat terperinci pelajar sudah direkod universiti masing-masing.

Sebaliknya beliau yang menjawab soalan Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri (BN-Kuala Nerus), berkata kementerian hanya merekodkan dari segi data keseluruhan pengurusan pentadbiran di semua universiti awam, kolej universiti serta kolej swasta.

Sumber: Berita Harian, M/S: 10
Tarikh: Selasa, 6 November 2012


Sunday, 4 November 2012

KPT minta nilai semula projek


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mahu semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara meneliti dan menilai semula keberkesanan pengurusan projek sedia ada.

Ketua Setiausahanya, Datuk Abd Rahim Md Noor, berkata langkah itu bagi memastikan kejayaan pembangunan lestari khususnya membabitkan projek di bawah kementerian dan projek kerajaan yang lain.

Katanya, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10), kerajaan sudah dan akan menyalurkan peruntukan besar melalui kementerian bagi pembinaan kemudahan dan infrastruktur menerusi Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN).

"Saya percaya sekiranya dibuat kajian teliti, satu daripada faktor utama yang menyebabkan projek tergendala (yang dilaksanakan IPTA) adalah akibat kepincangan pengurusan projek.

"Tiada guna kerajaan memperuntukkan dana yang besar dan mengadakan pelbagai perancangan strategik sekiranya pelaksanaan projek berkaitan tergendala," katanya ketika merasmikan Persidangan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti Kampus Pendidikan 2012 di Melaka, baru-baru ini.

Sumber: Berita Harian, M/S: 27
Tarikh: Isnin, 5 November 2012

Memasyarakatkan daya saing IPT


Kita menghargai usaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Agensi Akreditasi Malaysia (MQA) memperkasakan ketrampilan institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

Pencapaian mutakhir dengan 35 universiti menerima pengiktirafan tahap cemerlang berasaskan Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (SETARA) adalah peningkatan hampir dua kali ganda berbanding pencapaian pada 2009 apabila sistem itu dilaksanakan. Sudah tentu perkembangan ini menggambarkan betapa KPT mengambil berat mengenai aspirasi menjadi pendidikan tinggi Malaysia antara yang menjamin mutu pengajiannya.

Ia juga memberi satu alternatif kepada cara perhitungan bersifat ranking yang sejak beberapa lama dulu banyak mencetuskan rasa curiga terhadap kaedah digunakan kerana dikatakan lebih cenderung kepada dunia maju. Malah, ada kajian perbandingan rentas negara menunjukkan cara penarafan paling jitu dilakukan pada peringkat negara masingmasing oleh badan bebas ditubuhkan negara berkenaan. Tepati kriteria Ukuran SETARA sebaliknya menepati lebih kepada kriteria negara dan masyarakat Malaysia yang boleh dibandingkan dengan negara lain. Ia tidak mengetepikan kepentingan negara dan tidak terikat dengan ukuran global yang boleh memesongkan pembangunan pendidikan tinggi negara bak kata pepatah 'yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran'.

UTHM terima pengiktirafan Tier 5


BATU PAHAT 2 Nov. - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerima pengiktirafan cemerlang, 'Tier 5' menerusi penilaian Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi 2011 (Setara 11) yang dikendalikan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Setara 11 mengklasifikasikan penarafan kepada enam tahap (tier) dengan Tier 6 sebagai tahap tertinggi iaitu terbilang, Tier 5 (cemerlang), Tier 4 (sangat baik), Tier 3 (baik), Tier 2 (memuaskan) dan Tier 1 (lemah).

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin berkata, sistem penarafan itu dilaksanakan bagi mengukur kualiti, ketanggunjawaban dan prestasi setiap institusi pengajian tinggi (IPT) di seluru h negara dengan memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelijaran pada peringkat ijazah pertamu.

Menurutnya, penilaian itu merupakan salah satu usaha berterusan Kementerian Pengajian Tinggi dalam meningkatkan budaya penambahbaikan kualiti secara berterusan dan sistem negara yang melengkapi jaminan kualiti MQA.

"Keputusan penarafan seta ra bagi tahun 2009 sebelum ini meletakkan UTHM berada di kedudukan Tier 4 iaitu pencapaian Sangat Baik. Sebagai sebuah universiti yang sedang membangun, peningkatan ke Tier 5 merupakan kejayaan yang amat membanggakan.

Thursday, 1 November 2012

35 IPT diiktiraf cemerlang


Sebanyak 35 institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta menerima pengiktirafan cemerlang menerusi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (SETAR A) 2011 berbanding 18 IPT pada 2009.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata sebilangan besar universiti dan kolej universiti menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dalam SETARA 2011.

Katanya, SETARA adalah sistem penarafan dan bukan sistem kedudukan (ranking) yang menumpukan kepada pengajaran dan pembelajaran di sesebuah universiti atau kolej universiti.

Bagaimanapun, katanya, tiada universiti mencapai tahap enam atau terbilang atau tahap satu dan dua bintang, iaitu lemah dan memuaskan. UUM antara cemerlang IPT awam yang menerima pengiktirafan cemerlang termasuk Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Utara Malaysia.