Sunday, 4 November 2012

KPT minta nilai semula projek


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mahu semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara meneliti dan menilai semula keberkesanan pengurusan projek sedia ada.

Ketua Setiausahanya, Datuk Abd Rahim Md Noor, berkata langkah itu bagi memastikan kejayaan pembangunan lestari khususnya membabitkan projek di bawah kementerian dan projek kerajaan yang lain.

Katanya, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10), kerajaan sudah dan akan menyalurkan peruntukan besar melalui kementerian bagi pembinaan kemudahan dan infrastruktur menerusi Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN).

"Saya percaya sekiranya dibuat kajian teliti, satu daripada faktor utama yang menyebabkan projek tergendala (yang dilaksanakan IPTA) adalah akibat kepincangan pengurusan projek.

"Tiada guna kerajaan memperuntukkan dana yang besar dan mengadakan pelbagai perancangan strategik sekiranya pelaksanaan projek berkaitan tergendala," katanya ketika merasmikan Persidangan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti Kampus Pendidikan 2012 di Melaka, baru-baru ini.

Sumber: Berita Harian, M/S: 27
Tarikh: Isnin, 5 November 2012

No comments:

Post a Comment