Karnival My3L
Pada 22 dan 23 September ini, Kementerian Pengajian Tinggi akan mengadakan Karnival My3L iaitu Pembelajaran Sepanjang Hayat bertempat di PWTC, Kuala Lumpur bermula jam 9 pagi sehingga 6 petang. Karnival My3L ini juga adalah untuk semua golongan usia di mana pengunjung karnival juga dapat merasai pengalaman kemahiran di setiap zon atau ruang pameran. Pengunjung boleh menyertai sekurang-kurangnya 3 dari 50 aktiviti disediakan dan menerima hadiah misteri dari penganjur.
Antara aktiviti yang bakal menjadi tumpuan pengunjung adalah:
- Mengenali ikan jantan dan ikan betina
- Ukiran Buah
- Pedicure & manicure
- Make over
- Pembuatan baja dari sisa dapur
- Teknik pukulan golf
- Menghasilkan taman mini
- Pembuatan pinggan mangkuk seramik
Pengalaman di Karnival My3L ini juga dapat mengerat hubungan kekeluargaan di mana pelbagai aktiviti dapat dijalankan bersama-sama. Keistimewaan My3L ini juga akan menyediakan :
Aktiviti dari pelajar-pelajar institusi antaranya Gamelan dari pelajar-pelajar Gerontologi ( pelajar-pelajar warga emas)UPM, Persembahan Percussion dari Kolej Komuniti Selayang. Bagi memeriahkan karnival ini antara selebriti yang akan mengambil bahagian dalam Karnival ini adalah; Chef Zubir, Dato’ Fazley Yaakob, Ahadiat Akashah, Rock Kiah Propa(Personaliti TV9), Ikhwan (HotFM), Zed Zaidi serta penampilan Dato Siti Nurhaliza melalui kolaborasi industri melalui produknya Skin Simplysiti.